Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hias] | هياس

Definisi : ; almari ~ almari bercermin tempat me­nyimpan barang-barang perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juru­hias; berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; lampu berwarna-warni ~ rumah­nya; senyuman yg manis ~ wajahnya; menghiaskan mencantikkan (mengindah­kan) dgn sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pd bajunya; terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandang­annya kadang-kadang beralih kpd jam­bang­an bunga yg ~ indah di atas meja; hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; penghiasan perihal (perbuatan, proses dsb) menghias, menghiasi atau menghiaskan: beliau merancangkan ~ semula rumahnya; penghias 1. tukang hias, juruhias; 2. yg meng­­hiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hias] | هياس

Definisi : ; berhias 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. berhiaskan memakai sesuatu utk memperindah; diperelok dgn; diperindah dgn: Semua bangunan dan rumah kedai di pekan itu ~ bendera yg berwarna-warni. menghias menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yg berwarna-warni ~ ruangan itu. terhias telah atau sudah dihias: Pandangan mereka tertumpu pd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja. hiasan hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. penghiasan perihal atau perbuatan menghias: Beliau merancang ~ semula rumahnya. penghias orang yg menghias. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,

Puisi
 

Air pasang tenang di hulu,
     Kain tudung hias di pintu;
Jika terkenang masa dahulu,
     Jantung berperang dengan hempedu.


Lihat selanjutnya...(2)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KERTAS HIAS DINDING23005/2017KERTAS HIAS DINDINGMajlis Daerah RembauHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/16932Lulus17/04/201718/04/201712:52:42
PENJUAL SENGKUAP HIAS7753/2015PENJUAL SENGKUAP HIASMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201503/05607Lulus08/03/201510/03/201508:54:12
PENJUAL SENGKUAP HIAS7668/2015PENJUAL SENGKUAP HIASMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201503/05521Lulus06/03/201509/03/201511:51:09
Kedai Kertas Hias Dinding32489/2014Kedai Kertas Hias DindingMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/05465Lulus19/12/201422/12/201414:19:05
LANGSIR KARPET KERTAS HIAS DINDING BIDAI21273/2017LANGSIR KARPET KERTAS HIAS DINDING BIDAI CURTAINS CARPET WALLPAPER BLINDS (NOTE: INI ADALAH SIGNBOARD BAHAGIAN SISI. YANG UTAMA SUDAH LULUS)Majlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/15638Lulus12/04/201712/04/201716:06:47
LANGSIR KARPET KERTAS HIAS DINDING BIDAI62017/2016LANGSIR KARPET KERTAS HIAS DINDING BIDAI CURTAINS CARPET WALLPAPER BLINDSMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11527Lulus08/12/201609/12/201609:05:14
Hias Rumah dan Terbang Percuma10923/201625-27 Mac 2016 IDCC Shah Alam 11 pagi - 9.30 MalamMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/10000Lulus09/03/201610/03/201612:23:11
SALUN HIAS KUKU4286/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurSalunTiadaDBP/KPB/201705/14571Lulus29/05/201504/05/201716:55:56
SALUN HIAS KUKU816/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201703/15071Lulus18/01/201709/03/201710:59:48
PAMERAN32561/2015Hias Rumah dan Terbang percumaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201508/06585Lulus17/08/201519/08/201509:49:31
123

Kembali ke atas