Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.bur] | هيبور

Definisi : ; menghibur menyenangkan atau me­ng­girangkan hati: cerita sedih atau tragedi juga ~ dgn caranya sendiri; berhibur, berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan (menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap suka ~; menghiburkan menyenangkan, menggi­rang­­kan, melipurkan: yg boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak; terhibur menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya: setelah Sira Panji bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya; hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menente­ram­­­kan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; penghiburan hal menghibur(kan); penghibur 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.bur] | هيبور

Definisi : ; berhibur berbuat sesuatu utk menggembirakan hati: Dia pergi ~ utk menghilangkan rasa sedihnya. menghibur menyukakan atau menggembirakan hati; melipur: Dayang-dayang bernyanyi dan menari utk ~ hati tuan puteri yg sedang berdukacita. terhibur menjadi gembira atau suka hati; terlipur (hatinya): Setelah bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya. hiburan se­suatu yg dpt menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati: Membaca buku-buku syair atau mendengar orang membaca syair menjadi suatu ~ kpd nenek moyang kita pd zaman dahulu. penghiburan hal atau perbuatan menghibur. penghibur orang atau sesuatu yg menghibur hati; pelipur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hibur
Kata Terbitan : berhibur, menghiburkan, terhibur, hiburan, penghibur,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Atria Shopping Gallery49405/2016Atria Shopping Gallery Damansara Jaya - Pusat beli-belah untuk keriangan seisi keluarga Didik Hibur . Pasar Raya . Restoran . Emporium www.atria.com.myMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/11851Lulus07/10/201610/10/201616:10:54
Dapatkan Pakej Aksesori Nilai Tambahan secara Percuma23116/2015Dapatkan pakej aksesori nilai tambahan secara percuma, termasuk sistem maklumat hibur DVD-AVN dengan kamera undur dan pelbagai barangan eksklusif untuk Toyota Vios dan Hilux. Juga nikmati pilihan-pilihan menarik berikuti. Pilih 1 daripada 3 tawaran WOW yaMajlis Perbandaran TemerlohPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201506/08106Lulus09/06/201517/06/201516:34:10

Kembali ke atas