Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ gema sj ikan laut, Pseudosciaena diacanthus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Ibu kapur di lembah paya,
     Tebang balam di cuaca redup;
Sirih sekapur persembahan saya,
     Minta disimpan seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Kecil dikandung ibu,
     besar dikandung adat,
mati dikandung tanah.

Bermaksud :

Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Dipercayai ibu-ibu gigih13257/2017Dipercayai ibu-ibu gigih sejak tahun 1955TiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/15496Lulus09/03/201710/03/201715:11:05
Dipercayai oleh ibu-ibu sejak tahun 195551696/2016TiadaTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/13782Lulus19/10/201620/10/201611:11:42
MOMS.LUV9232/2016Kami menjual barangankelengkapan penyusuan untuk ibu-ibu bagi menjayakan penyusuan susu badan secara ekslusif nota : Permohonan terdahulu sudah diluluskan. Kami cuma ingin perbetulkan dalam surat kelulusan yg diterima untuk letak nama syarikat sahaja.Majlis Perbandaran TemerlohButikTiadaDBP/KPB/201603/08806Lulus01/03/201602/03/201608:56:06
MOMS.LUV8384/2016Sebab nama ini dipilih kerana saya menjual barangan keperluan penyusuan untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu badan kepada bayi mereka secara eksklusif.Majlis Perbandaran TemerlohButikTiadaDBP/KPB/201602/09278Lulus25/02/201626/02/201608:14:35
AINZMOM NURSING9528/2016Sebab nama ini dipilih kerana saya menjual barangan keperluan penyusuan untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu badan kepada bayi mereka secara eksklusif.Majlis Perbandaran TemerlohKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201603/08973Lulus02/03/201603/03/201608:39:44
PAKAR URUTAN TRADISIONAL31383/2015Anda Letih? Anda Penat? Kami Sedia Membantu. * Urutan Untuk Kanak-Kanak * Urutan Untuk Wanita * Urutan Ibu-Ibu Mengandung * Urutan Selepas Bersalin Kami Datang Ke Rumah AndaMajlis Perbandaran Pasir GudangPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201508/06480Lulus15/08/201518/08/201515:22:56
Promosi Hari Ibu Bapa24093/2016Rawatan Muka PERCUMA untuk ibu baoa Ibu baoa mesti datang bersama-sama anakMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/11637Lulus17/05/201619/05/201611:52:42
SI KECIL IBU26718/2017Si Kecil Ibu Butik keperluan ibu dan anak Tel: 03 41419302 FB: Sikecilibu IG: si_kecil_ibuDewan Bandaraya Kuala LumpurButikTiadaDBP/KPB/201705/15395Lulus10/05/201711/05/201709:34:50
PROMOSI HARI IBU8383/2014PROMOSI HARI IBU Kepada Kecantikan untuk Ibu Anda Rawatan Antikedut (Beli 1 Percuma 2) Percuma mana-mana Rawatan di bawah -Rawatan Mata Antikedut -Rawatan Leher Antikedut -Sauna Herba -Sauna -Jakuzi Pelangsingan Badan 10 Sesi Percuma 10Majlis Bandaraya Johor BahruPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201405/03325Lulus02/05/201402/05/201414:09:20
Koleksi Hari Ibu14990/2016Untuk Semua Ibu Yang Istimewa Barang Kemas yang direka untuk meraikan Hari Ibu Terokai koleksi terbaru sempena Hari ibu di pandora.netMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/09025Lulus31/03/201601/04/201608:40:59
12345678910...

Kembali ke atas