Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dah] | اينده

Definisi : cantik, bagus benar, elok, molek: di kawasan tersebut terdapat beberapa buah bangunan yg sangat ~; ~ permai sangat cantik; ~ khabar drpd rupa prb khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (drpd keadaan yg sebenarnya); mengindahkan menjadikan indah, mencantikkan: di keliling tasik itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga utk ~ kawasan itu; memperindah menambah keindahan (ke­cantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu; keindahan perihal indah, kecantikan, keelokan: mereka sedang menikmati ~ alam; pengindahan perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dah] | اينده

Definisi : dpt menarik atau memuaskan hati; elok benar; cantik: pemandangan yg ~. ~ permai sangat cantik. mengindahkan menjadikan indah; mencantikkan: Kelapa sawit ditanam utk ~ pemandangan di padang golf itu. memperindah menjadikan lebih indah; mempercantik. keindahan keadaan indah; kecantikan; keelokan: Amin dan keluarganya sedang menikmati ~ alam di pinggir kota. pengindahan perbuatan mengindahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
indah
Rujuk :cantik

Puisi
 

Rendah-rendah bunga macang,
     Mari kait bunga kekati;
Indah-indah abang datang,
     Air ada pembasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI PERABOT18057/2017INDAH KUSYEN PANJANG 3.1m LEBAR 1m Indah merupakan nama tempat tersebut iaitu selayang indah . Dan kusyen adalah jenis perniagaan yang merujuk kepada kerusi atau sofa atau perabot.Majlis Perbandaran SelayangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/13512Lulus31/03/201703/04/201710:02:55
YW TELESHOP26172/2014KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI YW TELESHOP No.213,JALAN WIRA INDAH 2,TAMAN WIRA INDAH 78100 LUBOK CHINA MELAKA 016-3026323Majlis Perbandaran Alor GajahTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201410/06313Lulus28/10/201430/10/201412:05:30
RESTORAN10314/2015RESTORAN NASI KANDAR IBRAHIM MAJU NO. 1G, JALAN SUNGAI BESI INDAH, TAMAN PETALING INDAH, 57100, KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: RESTORAN IBRAHIM MAJU SDN BHD (604965-V)Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201503/07653Lulus24/03/201525/03/201509:56:11
PEMBEKAL PAPAN TANDA DAN URUS ACARA45687/2016PEMBEKAL PAPAN TANDA DAN PENGURUS ACARA ROZAD CREATIVE NO 18 JALAN SAUJANA INDAH 5, SAUJANA INDAH INDUSTRIAL PARK, 40150 SHAH ALAM, SELANGORMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/11225Lulus20/09/201621/09/201612:25:49
Pemandangan indah24873/2016pemandangan indahMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/12112Lulus20/05/201623/05/201610:04:33
Indah Vendor Boutique And Cafe7681/2017Butik dan Kafe IndahMajlis Bandaraya Shah AlamButikTiadaDBP/KPB/201702/12461Lulus18/02/201720/02/201708:32:48
PANGSAPURI INDAH PUNCAK SAUJANA5328/2016CANTIK DAN INDAHMajlis Perbandaran KajangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/07135Lulus03/02/201603/02/201614:39:15
INDAH AGRO MART43678/2015NAMA SYARIKAT INDAH AGRO MART NAMA SYARIKAT DALAM BAHASA CINAMajlis Perbandaran KuantanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201511/05867Lulus30/10/201502/11/201508:58:32
INDAH AGRO MART13543/2015NAMA SYARIKAT INDAH AGRO MART BAHASA CINA NAMA SYARIKATMajlis Perbandaran KuantanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201504/06658Lulus13/04/201514/04/201514:55:13
poliklinik kempas indah14/2015poliklinik kempas indahMajlis Bandaraya Johor BahruUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201501/04026Lulus01/01/201505/01/201512:39:19
12345678910...

Kembali ke atas