Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SEMINAR PERSEDIAAN AWAL KE UNIVERSITI29869/2014Pelajar lepasan SPM dan STPM Pelajar yang ingin memohon ke universiti Pelajar yang ingin memohon ke maktab perguruan Pelajar yang ingin memohon ke institusi kemahiran Pelajar yg ingin memohon ke biasiswa dan bantuan pendidikanMajlis Perbandaran Alor GajahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201412/03879Lulus04/12/201404/12/201415:45:37
Program Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Keusahawanan 201513736/2015SEHARI BERSASMA MARA INGIN MENCARI PELUANG PEKERJAAN?? INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN DI IPTA ATAU IPTS?? INGINKAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN?? PELUANG TERBUKAA LUAS UNTUK ANDA!! HADIR BERAMAI-RAMAI!!! JOM!!! Program Karnival Pendidikan, KerjaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201504/06802Lulus13/04/201515/04/201510:45:17
TAWARAN ISTIMEWA PENGHABISAN STOK!15211/2016kerana kami ingin membersihkan stok lama dan ingin memasukkan stok baru ke kedai kami.kami juga ingin memberikan harga yang paling rendah untuk pelanggan kami dalam masa memperkenalkan kedai kami kepada masyarakat diluar sana.Majlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/09313Lulus04/04/201604/04/201615:36:25
INGIN MENJUAL KERETA ANDA DENGAN HARGA TINGGI ?36272/2015INGIN MENJUAL KERETA ANDA DENGAN HARGA TINGGI? SILA HUBUNGI : 03-61882222 / 019-3207050Majlis Perbandaran SelayangPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201509/07206Lulus14/09/201514/09/201513:49:35
Coca-Cola20331/2017Rasai Semangatnya Kehebatan Rasa Coca Cola Tanpa Gula Seandainya, ia ditukar menjadi RASAI, mesej akan bertukar kepada ‘CUBALAH MINUM COCA-COLA’. Mesej yang berlainan dari apa yang ingin dinyatakan kerana kami ingin menekankan RASA COCA-COLA sedia ada yDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/16303Lulus13/04/201714/04/201715:21:47
SUUNAH KEKABU RESORT HOTEL13490/2017Pihak syarikat ingin menukarkan kepada Suunah Kekabu Resort Hotel kerana ingin memberi kelainan dengan hotel yang lain kerana konsep hotel kami adalah berkonsepkan resort. Sebelum ini pihak Tuan telah meluluskan permohonan nama Suunah Kekabu Boutique HoteMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/17491Lulus20/03/201721/03/201708:17:49
INGIN MULAKAN BISNES TUDUNG25689/2016BINA LEGASI PERNIAGAAN ANDA BERSAMA RJ.TEXTILESMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201605/13142Lulus26/05/201627/05/201610:44:35
Kepada siapa ingin anda sampaikan ucapan BRAND'S anda?397/2015TiadaTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201501/04350Lulus06/01/201507/01/201515:05:13
KHAS UNTUK PATI WARGA INDONESIA, INGIN PULANG SECARA SAH & SELAMAT?17417/2014HANYA SYARIKAT IMAN SAHAJA YANG DILANTIK OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) & KEDUTAAN BESAR INDONESIA (KBRI)Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201408/03083Lulus07/08/201407/08/201415:43:21
rasy tekstil trading4031/2017ingin melakukan promosi jualan murah untuk persatuan persatuan sekolahMajlis Perbandaran TemerlohPakaianTiadaDBP/KPB/201702/10186Lulus03/02/201706/02/201709:26:47
12345678910...

Kembali ke atas