Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hit] | جاهيت

Definisi : menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang; jenis-jenis­nya: ~ cengkam; ~ bunga padi; ~ lubang; ~ sang­kut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit; berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai kain putih yg sudah siap ~; menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; jahit-menjahit pekerjaan menjahit (mem­buat pakaian dsb): dia membuka sebuah sekolah ~; menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya; jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit; penjahitan perbuatan (kerja) menjahit; penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hit] | جاهيت

Definisi : perbuatan (hal, cara) melekatkan sesuatu dgn menggunakan jarum dan benang: ~ jelujur; ~ bunga padi; tukang ~ orang yg membuat pakaian. berjahit (telah) dijahit: Dua helai kain batik itu siap ~. menjahit 1 melekatkan sesuatu (spt mengelim dll) dgn menggunakan jarum dan benang: ~ dgn mesin, lebih cepat drpd ~ dgn tangan. 2 membuat pakaian: Kakak sedang ~ baju saya. jahitan 1 benda yg dijahit: ~nya belum siap lagi. 2 hasil menjahit; cara menjahit: ~ mesin jahit ini halus. penjahit 1 tukang jahit. 2 jarum yg digunakan utk menjahit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahit (kata kerja)
Bersinonim dengan sembat, jelujur, jerumat, sulam, tekat, suji, kelim;,
Kata Terbitan : berjahit, menjahit, jahit-menjahit, jahitan, penjahit,

Puisi
 

Apa abang jahit baju,
     Jahit kain banyak lagi;
Tak payah abang kata begitu,
     Kata lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(14)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI JAHIT DAN SERVIS MESIN JAHIT7269/2017KEDAI JAHIT DAN SERVIS MESIN JAHIT SIRUBA JACK BROTHER JUKI SINGER KONWA Ubah suai Jean ABE(JIMMY) 014-3107983Majlis Perbandaran SelayangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201702/12483Lulus17/02/201720/02/201708:40:24
KEDAI JAHIT15746/2017KEDAI JAHIT E-MA TUKANG JAHIT MENJAHIT PAKAIAN DAN TUDUNG, MENJUAL, MEMBELI DAN MEMBAIKI ALAT DAN MESIN JAHITMajlis Perbandaran KemamanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/17486Lulus19/03/201721/03/201707:29:54
KEDAI JAHIT13869/2017KEDAI JAHIT E-MA TUKANG JAHIT MENJAHIT PAKAIAN DAN TUDUNG, MENJUAL, MEMBELI DAN MEMBAIKI ALAT DAN MESIN JAHITMajlis Perbandaran KemamanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/16911Lulus16/03/201717/03/201709:37:23
KEDAI JAHIT12726/2018KEDAI JAHITDewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201812/14686Lulus18/11/201608/12/201817:26:45
kedai jahit26246/2017kedai jahitMajlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201705/15498Lulus11/05/201711/05/201715:34:13
kedai jahit11617/2017kedai jahitMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPakaianTiadaDBP/KPB/201703/13798Lulus02/03/201703/03/201709:50:42
KILANG JAHIT PAKAIAN25475/2016JAHIT PUKAL SHAH ALAM JENAMA TURKISH REPUBLICTiadaPakaianTiadaDBP/KPB/201605/12776Lulus25/05/201625/05/201615:16:01
KEDAI JAHIT52496/2015KEDAI JAHIT - C YIO BOUTIQUE ( NAMA SYARIKAT)Majlis Bandaraya Shah AlamButikTiadaDBP/KPB/201512/09418Lulus22/12/201523/12/201509:39:10
KILANG JAHIT24841/2015KILANG JAHIT GOLDEN QUILT TRADINGMajlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201506/08744Lulus20/06/201524/06/201509:25:58
KEDAI JAHIT15913/2015KEDAI JAHIT DAN MENJUAL PAKAIAN -SITI FASHION HOUSE (NAMA KEDAI)Majlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201504/08748Lulus27/04/201529/04/201509:50:29
12345678910...

Kembali ke atas