Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lan] | جالن

Definisi : 1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Jalan Aman Puri21513/2017Nama Aman dipilih berkait maksud dengan jalan-jalan persekitaran manakala nama Puri dipilih bagi menunjukkan maksud sebahagian daripada nama pemaju.Majlis Perbandaran Pasir GudangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201705/14405Lulus04/05/201704/05/201710:47:00
Jalan Damai Puri21506/2017Nama Damai dipilih berkait maksud dengan jalan-jalan persekitaran manakala nama Puri dipilih bagi menunjukkan maksud sebahagian daripada nama pemaju.Majlis Perbandaran Pasir GudangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201705/14368Lulus04/05/201704/05/201709:58:49
Jalan Puri Bahagia21519/2017Nama Puri dipilih bagi menunjukkan maksud sebahagian daripada nama pemaju manakala nama Bahagia dipilih berkait maksud dengan jalan-jalan persekitaran.Majlis Perbandaran Pasir GudangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201705/14406Lulus04/05/201704/05/201710:47:31
Bufet Berbuka Puasa 201725711/2017Nikmati Masakan Johor dan BBQ di Taman Bufet Berbuka Puasa 2017 Dewasa RM55 Kanak-kanak RM28 Malay Village Restaurant Pilihan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan 2211221 malayvillage.comMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/14111Lulus28/04/201703/05/201715:06:09
Pengiklanan Bunting (Taman Tasik Puchong, Taman Perindustrian Tasik Perdana, Jalan Meranti Permai, Jalan D' Island & Jalan PTP 1/1)8458/20171) RUMAH BERKEMBAR 2 TINGKAT 40' X 80' - Gambaran Artis - Sebuah projek berprestij oleh - Pemaju: Astana Modal (M) Sdn. Bhd. ( Kumpulan syarikat LBS Bina Group Bhd. ) Nombor Lesen Pemaju: 11482-2/06-2017/02112(L)Majlis Perbandaran SepangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/12340Lulus17/02/201717/02/201715:18:39
Pengiklanan Bunting (Taman Tasik Puchong, Taman Perindustrian Tasik Perdana, Jalan Meranti Permai, Jalan D' Island & Jalan PTP 1/1)1658/2017Rumah Teres 3 TingkatMajlis Perbandaran SepangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201701/12474Lulus10/01/201711/01/201709:53:01
Jalan Demang Haji Abu25001/2017Pemilihan nama jalan ini bersesuaian dengan nama jalan sediada, serta memberi identiti tempatan.Majlis Perbandaran JasinHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/18801Lulus25/04/201727/04/201715:39:52
BUTIK60032/2016BUTIK Mega Silk NO. 147, JALAN BUNUS, MELALUI JALAN MASJID INDIA, 50100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: MEGA SILK TEXTILES SDN. BHD. (923852-A)Dewan Bandaraya Kuala LumpurButikTiadaDBP/KPB/201611/15112Lulus29/11/201630/11/201608:56:56
KEDAI JAHIT13360/2017IQBAL ZAFY 48-2, JALAN USAHAWAN 7, MELALUI JALAN KILANG, 53300 KUALA LUMPUR. TEL.: 03 - 41442713 DIMILIKI OLEH: IQBAL & ALI MAJU SDN. BHD. (1112449-P)Dewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201703/15525Lulus09/03/201710/03/201717:17:05
KEDAI PAKAIAN14208/2017GOLDEN LUXURY FASHION SDN. BHD. (1192873-T) 39, JALAN MERLIMAU, MELALUI JALAN KENANGA, 55200 KUALA LUMPUR. TEL.: 03 - 92262006Dewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201703/16210Lulus14/03/201715/03/201711:36:41
12345678910...

Kembali ke atas