Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (mem­buat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, ba­rang­­kali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, mi­num pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : (kata larangan yg menyatakan) tidak boleh; usah: ~ mandi di sungai itu, airnya dalam. jangan-jangan mungkin juga; barangkali: Ahmad belum datang lagi, ~ ia sakit. jangankan usahkan: ~ hendak berlari, berjalan pun dia belum dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangan

Puisi
 

Selasih jangan tinggi,
     Kalau tinggi berdaun jangan;
Kekasih jangan pergi,
     Kalau pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(564)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Jangan Risau FOG Kan Ada451/2017Ayat untuk bunting: 1. JUALAN SAWIT TAK BALIK MODAL? Jangan Risau, FOG Kan Ada 2. BUAH SAWIT KURANG? Jangan Risau, FOG Kan Ada 3. TANDAN SAWIT SEDIKIT? Jangan Risau, FOG Kan Ada 4. MASALAH POKOK JANTAN? Jangan Risau, FOG Kan Ada 5.Majlis Daerah Kuala SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/11820Lulus04/01/201706/01/201717:37:40
Pameran Homedec11080/20171. Tukar "Serius ni, jangan ketinggalan!" kepada Jangan Ketinggalan! DAN 2. Tukar "Untuk rekaan kediaman & dalaman" kepada Untuk reka bentuk kediaman dan hiasan dalaman - kedua2 ni tak boleh tukar sebab itu adalah logo dan tagline. 3. Tukar "APR" kepMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/14075Lulus06/03/201706/03/201709:50:27
JANGAN PANIK !...JUALAN / SEWA14463/2016JANGAN PANIK ! GUNAKAN.....KAMIDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/12680Lulus29/03/201630/03/201608:35:48
Jangan Terpedaya Dengan Alat Ganti Tiruan3201/2016Jangan Terpedaya Dengan Alati Ganti Tiruan Dapatkan yang tulen di Pusat Servis Toyota Komens: "Genuine Parts, Quality Service dan No to Counterfeit" adalah sebahagian daripada logo. Untuk maklumat tuan, kami pernah hantar permohonan pengesahan tahunMajlis Daerah Hulu SelangorAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201601/09978Lulus21/01/201622/01/201608:32:29
Jangan Tengok-Tengok50090/2015Bandar Bukit Raja (Logo) Kedamaianku Di Sini. (Tagline) Jangan Tengok-Tengok 'Waaah!' Semuanya dekat... cantek laa... Daftar sekarang di www.simedarbyproperty.com +603 3361 7288 1800 88 1118 Sime Darby Property (Logo)Pihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201512/08705Lulus17/12/201517/12/201513:57:48
Jangan Fikir-Fikir50089/2015Bandar Bukit Raja (Logo) Kedamaianku Di Sini. (Tagline) Jangan Fikir-Fikir 'Yeaahh!' Tempat ni memang 'best'!... Daftar sekarang di www.simedarbyproperty.com +603 3361 7288 1800 88 1118 Sime Darby Property (Logo)Pihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201512/08704Lulus17/12/201517/12/201513:57:25
Jangan Tunggu-Tunggu50086/2015Bandar Bukit Raja (Logo) Kedamaianku Di Sini. (Tagline) Jangan Tunggu-Tunggu 'Fu-yooh!' Keceriaan kehidupan... Daftar sekarang di www.simedarbyproperty.com +603 3361 7288 1800 88 1118 Sime Darby Property (Logo)Pihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201512/08703Lulus17/12/201517/12/201513:57:03
JANGAN TUKAR KABINET BARU9083/2018TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201807/14184Lulus23/09/201525/07/201817:24:51
JANGAN LEPASKAN PELUANG421/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201701/14645Lulus11/01/201725/01/201710:35:51
JANGAN MARAH291/2017TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamTiadaTiadaDBP/KPB/201701/13465Lulus09/01/201717/01/201716:13:05
123456789

Kembali ke atas