Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.ji] | جنجي

Definisi : 1. pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu: engkau mesti menepati ~ yg kau buat dahulu; dlm ~ bertunangan; me­nepati ~ membuat (menunaikan) apa yg telah dijanjikan; mengikat ~ membuat janji; pecah ~ tidak dapat menepati janji, me­mung­kiri janji; sampai ~ dapat menepati (me­nunaikan) janji; 2. syarat, ketentuan, tun­tutan; dgn ~ dgn syarat; 3. pengunduran waktu, tangguh, penundaan: kalau awak tidak berkeberatan, saya meminta ~ empat bulan utk membayar hutang awak itu; 4. ajal, had, waktu; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati; ~ kosong janji yg dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan; ~ manis janji yg mengandungi harapan yg indah-indah; ~ palsu janji yg hanya bertujuan utk memperdayakan, menge­lirukan atau menipu orang; ~ temu janji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb; ~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh prb sudah sampai ajal; adat diisi, ~ dilabuh prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan); berjanji membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya; menjanjikan 1. berjanji utk memberi (mem­­­­­buat dsb) sesuatu: bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm pe­periksaan itu; 2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jam­batan yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani; memperjanjikan ark menjanjikan; perjanjian 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ per­da­gangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.ji] | جنجي

Definisi : 1 persetujuan (secara lisan atau bertulis) utk melaksanakan atau utk memberikan sesuatu: Ayah belum lagi menepati ~nya hendak membelikan saya jam. menepati ~ membuat apa-apa yg telah disetujui; mengikat ~ membuat janji. 2 syarat; tuntutan: Ia memberikan rumah itu kpd anaknya dgn ~ tertentu. 3 had waktu; ajal: Setelah sampai ~nya, pulanglah ia ke rahmatullah. berjanji bersetuju utk membuat atau utk melaksanakan sesuatu; mengikat janji: Ia ~ akan menyekolahkan adiknya. menjanjikan menyatakan kesediaan utk membuat sesuatu; berjanji akan membuat atau akan memberikan sesuatu: Ia ~ sepasang pakaian kpd adiknya jika ia lulus dlm peperiksaan itu. perjanjian 1 hal atau perbuatan berjanji (bersetuju) ttg sesuatu; permuafakatan; persetujuan: ~ perdagangan antara Malaysia dgn Negeri China telah ditandatangani. 2 kontrak; syarat: dgn tiada ~ dgn tidak bersyarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Puisi
 

Bagaimana saya nak mandi,
     Buaya besar melintang sungai;
Bagaimana saya nak janji,
     Janji yang besar belum ditunai.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Janji sampai,
     sukatan penuh.

Bermaksud :

Sudah sampai ajal.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
JAWATAN KOSONG17202/2014JAWATAN KOSONG OPERATOR - 45 KEKOSONGAN Telefon : 03-7845 8128 / 1036 & 012-687 4288 Janji Temu : 9.00pg. - 5.00ptg. Sila bawa kad pengenalan dan salinan kad pengenalan, sijil akademik dan resume semasa janji temuDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201408/02744Lulus30/07/201404/08/201408:41:14
JAWATAN KOSONG3069/2014JAWATAN KOSONG OPERATOR - 45 KEKOSONGAN Telefon : 03- 7845 8128 / 1036 & 012-687 4288 Janji Temu: 9.00 pg. – 5.00 ptg. SILA BAWA KAD PENGENALAN DAN SALINAN KAD PENGENALAN, SIJIL AKADEMIK DAN RESUME SEMASA JANJI TEMUTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201402/03804Lulus20/02/201420/02/201412:40:42
Janji Ditepati23099/2014TiadaMajlis Perbandaran SerembanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/05278Lulus29/09/201430/09/201409:44:31
New Pizza Range13808/2016JANJI KAMI PIZA HEBAT UNTUK DINIKMATI KEPUASAN DIJAMIN jika piza tidak memuaskan, kami akan gantikan. Produk tertera adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Perkhidmatan Pelanggan: www.pizzahut.com.my Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd (No. Syarikat 11Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201603/12051Lulus24/03/201624/03/201615:03:42
Akupunktur33993/2016Akupunktur Sauna Untuk temu janji sila hubungiMajlis Perbandaran SelayangPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201607/10732Lulus19/07/201619/07/201609:33:43
TriTower Entrance Signage56197/2016- Galeri Jualan Dibuka dengan Temu Janji Sahaja - Pembangunan oleh - Nota: Semua pentafsiran, ilustrasi, gambar, perabot dan unit yang dipaparkan, serta kemudahan atau aksesori landskap yang ditunjukkan hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak mMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201611/12093Lulus11/11/201614/11/201608:18:20
Billboard Foreston15861/2015Unit Pameran Dibuka untuk Kunjungan Dengan Janji TemuMajlis Perbandaran SepangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201504/08540Lulus25/04/201528/04/201512:28:00
THE MEWS61443/2016UNIT KHAS DIBUKA UNTUK JUALAN HUBUNGI KAMI UNTUK JANJI TEMU BERKUNJUNG KE UNIT CONTOHDewan Bandaraya Kuala LumpurPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201612/11150Lulus06/12/201607/12/201608:43:59
PPUSAT KECANTIKAN KUKU38995/2016Pinky Dream Doris Nail House Hubungi untuk janji temu: 012-4911521 Dimiliki oleh: Pinky Dream Doris Nail House (KC0033851-X)Majlis Perbandaran Sungai PetaniPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201608/09454Lulus10/08/201611/08/201610:46:20
Foreston Banner15157/2016Siap Berserta CCC Unit pameran kini dibuka untuk kunjungan dengan janji temu sahaja: (Masa dibuka: 10 pg. - 6 ptg.) HAK MILIK KEKAL RUMAH BERKEMBAR BANGLO BERANGKAIMajlis Perbandaran SepangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/09546Lulus05/04/201605/04/201614:52:56
123

Kembali ke atas