Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Ikan kukus tulangnya lembut,
     Tulang lembut jarang-jarang;
Kami belayar jangan disebut,
     Takut dilanggar batu karang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Marvelane9011/2015Kejayaan Jarang Diperkatakan Ianya Lebih Kerap DizahirkanMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201503/07524Lulus24/03/201524/03/201512:30:12
INSPIRASIHANA HIJAB ANGGUN BERSYARIAT24336/2014LABUH, TIDAK JARANG, TIDAK MELEKAP DAN RINGKAS. DAPATKAN SEKARANG DI WWW.INSPIRASIHANA.COM ATAU BUTIK KAMI DI BELAKANG UNISEL SEK. 7 HUBUNGI KAMI 03-55109622Majlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201410/04688Lulus10/10/201410/10/201411:23:20

Kembali ke atas