Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jauh] | جاءوه

Definisi : 1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini; ~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~ drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya; ~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawapan atau sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~ maka dipanggil prb telah terlambat; sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata; jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati; b) segan-segan; berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain; berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari: mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh; menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh); menjauhi menjaga supaya jauh dr, menghindari: orang kampung berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya; menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri; kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jauh] | جاءوه

Definisi : 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jauh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura,
Berantonim dengan dekat

2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,

Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan,

Puisi
 

Pucuk pauh ulam pauh,
     Pauh tidak diidam lagi;
Tuan jauh saya jauh,
     Jauh tidak terulang lagi.


Lihat selanjutnya...(180)
Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Bermaksud :

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

 

Lihat selanjutnya...(48)

7

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana contoh begitulah gubahannya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pemeriksaan Mata Percuma41121/2015PEMERIKSAAN MATA PERCUMA DI AS OPTOMETRIST TEPI BANK ISLAM SERI ISKANDAR PAKEJ PELAJAR BERMULA RM98 PAKEJ JAUH DEKAT RM159 RABUN JAUH + DEKAT SILAU SAKIT KEPALAMajlis Daerah Perak TengahOptikTiadaDBP/KPB/201510/08670Lulus15/10/201516/10/201508:16:21
Forum Awam Pengawalan Rabun Jauh11681/2017Forum Awam Pengawalan Rabun Jauh pada 18hb Mac 2017 di Klinik Pakar Mata RanuMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/14098Lulus03/03/201706/03/201711:03:56
KEDAI PERMAINAN ALAT KAWALAN JAUH22324/2015KEDAI PERMAINAN ALAT KAWALAN JAUHMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/07161Lulus04/06/201511/06/201509:51:20
PUSAT OPERASI JARAK JAUH (REMOTE OPERATING CENTRE)21783/2014NAMA INI DIPILIH KERANA IA MERUPAKAN PUSAT OPERASI JARAK JAUH BAGI KAWASAN ASIA.Majlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201409/04532Lulus18/09/201422/09/201410:44:50
Penjual alatan permainan kanak-kanak dan alatan kawalan jauh16425/2015Penjual alatan permainan kanak-kanak dan alatan kawalan jauhTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/08814Lulus29/04/201529/04/201515:15:23
MELANGKAH JAUH BERSAMA DEPOSIT ANDA6606/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201711/15954Lulus22/07/201520/11/201717:21:56
MELANGKAH JAUH BERSAMA DEPOSIT ANDA6441/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201711/15613Lulus13/07/201509/11/201716:35:15
PEMBEKAL MANGGA, KUNCI, ALAT KAWALAN JAUH9512/2016OTIS LOCKSMITHMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/09105Lulus03/03/201604/03/201608:10:42
PEMBEKAL MANGGA, KUNCI DAN ALAT KAWALAN JAUH14187/2016OTIS LOCKSMITHMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/12516Lulus28/03/201629/03/201614:50:41
PEMBEKAL MANGGA, KUNCI DAN ALAT KAWALAN JAUH9515/2016OTIS LOCKSMITHMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/09100Lulus03/03/201604/03/201608:09:29
12345

Kembali ke atas