Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[juang] | جواڠ

Definisi : ; semangat ~ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dsb): se­mangat ~ yg tinggi dapat membantu meng­atasi halangan itu; berjuang 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, ber­lawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menen­tangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah; berjuangkan sl melagakan, melanggarkan: segala orang yg bergajah, ~ gajahnya dan segala yg berkuda, bergigitkan kudanya; menjuang sl melanggar, menyerang: musuh mana akan datang, mana tebing akan run­tuh, atau kubu akan dijuang; memperjuangkan hendak memperoleh se­suatu dgn berjuang: mereka mogok kerana hendak ~ gaji yg lebih tinggi; perjuangan perihal berjuang utk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu: kita semestinya tidak lupa akan peranan guru Melayu dlm ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu; seperjuangan sama-sama berjuang: ka­wan ~; pejuang orang yg berjuang (utk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris; ~ kebebasan orang yg berjuang utk mem­bebaskan diri, tanah air dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[juang] | جواڠ

Definisi : ; berjuang 1 berlaga antara satu dgn yg lain (bkn binatang); berlanggaran; berlawan. 2 beradu tenaga (utk merebut sesuatu, mencapai sesuatu dsb); berperang; berusaha: Mereka ~ mati-matian utk mempertahankan negara. memperjuangkan menjadikan sesuatu sbg tujuan berjuang: Pergerakan pertiwi sedang ~ hak-hak wanita. perjuangan perbuatan atau hal berjuang; perlawanan: ~ antara Hang Tuah dgn Hang jebat berakhir dgn kematian Hang Jebat. pejuang orang yg berjuang: ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juang
Kata Terbitan : berjuang, memperjuangkan, perjuangan, pejuang,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
AKSI JUANG MALAYSIA 23696/2014JUMPA PADA 8 dan 9 MAC 2014 DI CITY SQUARE, JOHOR BAHRUMajlis Bandaraya Johor BahruHiburanTiadaDBP/KPB/201403/02786Lulus28/02/201403/03/201408:31:15
LPGA MALAYSIA20386/2014Semangat Juang WanitaDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/03470Lulus04/09/201408/09/201412:38:39
FOOD TRUCK LPGA M35308/2015Semangat Juang Wanita Satu- Satunya acra golf yang paling menyeronokkan Dapatkan tiket anda sekarangMajlis Perbandaran Ampang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/06440Lulus07/09/201509/09/201509:13:59
KEDAI DOBI LAYAN DIRI15476/2014KEDAI DOBI LAYAN DIRI PURE & CLEAN LAUNDRY 24HOURS DIMILIKI OLEH : TERUS JUANG CONSTRUCTION (M) SDN BHD 772425-KMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201407/04611Lulus08/07/201408/07/201410:00:54
PEJABAT URUSAN Stellant Emporis Sdn Bhd7209/2014Membawa maksud "Azimat Bintang" dalam bahasa Latin. Sebab pemilihan adalah berdasarkan kepada semangat juang yang tinggi untuk mencapai bintang. Asas ini adalah untuk mengaut pasaran yang lebih luas dalam masyarakat Malaysia selain masyarakat bumiputra.Majlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201404/03696Lulus11/04/201411/04/201414:41:29

Kembali ke atas