Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.lah] | جومله

Definisi : 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampur­kan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan men­jumlahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.lah] | جومله

Definisi : 1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
JUMLAH NILAI8352/2015TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201804/19950Lulus04/09/201524/04/201817:38:14
Zurich26669/2016Jumlah Asas DiisuranskanMajlis Bandaraya Melaka BersejarahInsuransTiadaDBP/KPB/201606/10364Lulus06/06/201606/06/201613:54:10
JAWATAN KOSONG23717/2015Faedah – Faedah: Jumlah Gaji + Insentif : Dalam Lingkungan RM 3,000 – RM 3,800 sebulan (26 hari bekerja) Bayaran Latihan Percubaan Cuti Tahunan dan Cuti Sakit Insurans PA (Kemalangan Diri) dan Faedah Elaun Perubatan Insentif Keselamatan, JamuanMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/08398Lulus13/06/201519/06/201515:08:01
JAWATAN KOSONG16657/2015Faedah – Faedah: Jumlah Gaji + Insentif : Dalam Lingkungan RM 3,000 – RM 3,800 sebulan (26 hari bekerja) Bayaran Latihan Percubaan Cuti Tahunan dan Cuti Sakit Insurans PA (Kemalangan Diri) dan Faedah Elaun Perubatan Insentif Keselamatan, JamuanMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201505/05441Lulus30/04/201506/05/201509:12:57
JAWATAN KOSONG10190/2015Faedah – Faedah: Jumlah Gaji + Insentif : Dalam Lingkungan RM 3,000 – RM 3,800 sebulan (26 hari bekerja) Bayaran Latihan Percubaan Cuti Tahunan dan Cuti Sakit Insurans PA (Kemalangan Diri) , Faedah Elaun Perubatan Insentif Keselamatan, Jamuan MaMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/07716Lulus23/03/201525/03/201514:12:55
JAWATAN KOSONG PEMANDU LORI8415/2015Faedah – Faedah: Jumlah Gaji + Insentif : Dalam Lingkungan RM 3,000 – RM 3,800 sebulan (26 hari bekerja) Bayaran Latihan Percubaan Cuti Tahunan dan Cuti Sakit Insurans PA (Kemalangan Diri) dan Faedah Elaun Perubatan Insentif Keselamatan, JamuanMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/06770Lulus17/03/201518/03/201508:45:54
PROGRAM BANTUAN BANJIR TOYOTA440/2015Program Bantuaan Banjir - Diskaun 25% (Jumlah Invois) - Khidmat Trak Tunda Percuma - Cucian Kereta percuma ( Luar & Enjin) - Pelan Pembayaran Ansuran Faedah 0%Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/04325Lulus06/01/201507/01/201512:10:38
Public Mutual - KL46987/2016Teks baris ketiga seperti dibawah: * Dari segi jumlah saizdana yang diuruskan antara syarikat unit amanah swasta. Sumber: The Edge-Lipper, 29 Ogos 2016. *In term of total fund size managed amongst provate unit trus companies, Source: The Edge-Lipper, 2Dewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201609/11996Lulus26/09/201627/09/201608:06:53
JUALAN HARI RAYA AIDILFITRI 6.6.2016-5.7.201623779/2016DENGAN PEMBELIAN JUMLAH TERTENTU (DENGAN RESIT TUNGGAL PADA HARI TERSEBUT)DI TINGKAT 1 DAN 2 .ANDA LAYAK MENEBUS HADIAH PERAYAAN DENGAN PERCUMA tertakluk pada terma dan syarat .sementara stok masih ada PEMBELIAN RM50 PERCUMA SAMPUL HARI RAYA PEMBELMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/11311Lulus17/05/201618/05/201608:07:36
PROMOSI MAKANAN DAN MINUMAN17170/2016MENJAMU SELERA DI RESTORAN CHINOISE DAN DAPATKAN DISKAUN DARIPADA JUMLAH BIL ANDAMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/10673Lulus12/04/201613/04/201615:47:18
12

Kembali ke atas