Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara ke­betulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan men­jumpai, penemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Anak dekut hutan Merlimau,
     Jumpa landak meniti batang;
Kalau takut makan rimau,
     Tidak saya berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(35)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PERNIAGAAN SRI JUMPA26824/2014PERNIAGAAN SRI JUMPAMajlis Perbandaran MuarKosmetikTiadaDBP/KPB/201411/03706Lulus04/11/201404/11/201414:42:04
Jumpa Lagi43273/2016TiadaMajlis Perbandaran SepangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/09057Lulus30/08/201602/09/201608:07:46
HF201650187/2015Jumpa Anda @ HOMEFAiR2016 April | Mei | September | NovemberMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/07640Lulus10/12/201510/12/201511:45:38
AKSI JUANG MALAYSIA 23696/2014JUMPA PADA 8 dan 9 MAC 2014 DI CITY SQUARE, JOHOR BAHRUMajlis Bandaraya Johor BahruHiburanTiadaDBP/KPB/201403/02786Lulus28/02/201403/03/201408:31:15
TERIMA KASIH6353/2017TERIMA KASIH JUMPA LAGI PASANG TALI PINGGANG KELEDAR DAN PANDU DENGAN SELAMATMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/10477Lulus06/02/201707/02/201710:03:58
Pakaian Sedondon Ibu dan Anak19882/2015Jumpa kami di: Festival Mega Syawal 2015 Stadium Malawati Shah Alam (VIP PARK) 4&5 Julai 2015 11 pagi – 12 tengah malamMajlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201505/08487Lulus26/05/201527/05/201515:05:58
HOMEFAIR 2016 vB50621/2015Jumpa Anda di HOMEFAiR2016 April | Mei | September | NovemberMajlis Bandaraya Johor BahruPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201512/07963Lulus11/12/201514/12/201508:12:59
Kedai Serbaneka11344/2017Terima Kasih. Jumpa Lagi Kedai Serbaneka Treats Tandas Di Dalam Keluar Angin Dan Air Surau PetronMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/13617Lulus01/03/201702/03/201715:49:25
Spanner Banner Graphic Sign33578/2016Terima Kasih. Jumpa Lagi. Treats.Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10109Lulus12/07/201614/07/201609:20:40
Papan Tanda Kecil 2x223713/2015Jumpa Kami Di Tingkat Satu!!Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/07878Lulus12/06/201517/06/201507:09:03
123

Kembali ke atas