Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li] | کالي

Definisi : 1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (keja­dian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerja­kan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-­kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), ber­serta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarab­kan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, per­gandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li] | کالي

Definisi : Jk barangkali: ~ dia sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li] | کالي

Definisi : Jw sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li] | کالي

Definisi : kejadian atau waktu yg berlaku berulang-ulang atau berturut-turut: Jam di bilik itu berbunyi tujuh ~. kali-kali daftar bilangan yg digandakan berturut-turut (spt 3x1, 3x2, 3x3, 3x4); sifir. kalian kamu semua; sekalian. berkali-kali berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. mengalikan menggandakan atau mendarabkan bilangan: Berapa jawabnya jika kita ~ empat puluh dgn dua puluh tiga? sekali 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. sekali-kali sedikit pun; sama sekali; langsung: Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya: ~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. bersekali bersama-sama sekali; berserta: Bawa gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas. sekalian 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. perkalian 1 (sifir) kali-kali. 2 hitungan darab. pengalian perbuatan mengalikan atau mendarabkan; penggandaan. pengali angka yg digunakan utk menggandakan; pendarab. pekali nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; koefisien. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.li] | کالي

Definisi : sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kali (kata nama)
Bersinonim dengan darab.

Puisi
 

Dua kali landak memanah,
     Terkena pula buah durian;
Dua kali turun ke tanah,
     Bertemu mulut kita janjian.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(36)

34

Death is better than disgrace

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Death is better than disgrace. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Big Triple Box42885/2015tiga kali kegemaran, tiga kali kerianganTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201510/10134Lulus26/10/201526/10/201514:55:40
PUSAT KECANTIKAN KERETA3725/2014PUSAT KECANTIKAN KERETA BUBBLE CAR WASH CUCI 5 KALI, PERCUMA 1 KALI MASA: 9 PAGI - 11 MALAM ALAMAT 24G, JALAN PULAU LUMUT U10/Q, 40170 SHAH ALAM TEL: 018-9544122Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201403/02852Lulus03/03/201403/03/201413:56:36
SELAMAT HARI IBU15365/2016PROMOSI BULAN APRIL - MEI PERCUBAAN KALI PERTAMA RM38 SAHAJA KLASIK RAWATAN TANGAN DAN RAWATAN KAKI RM188 SAHAJA UNTUK 3 KALI GEL RAWATAN TANGAN DAN KLASIK RAWATN KAKI RM288 SAHAJA UNTUK 3 KALIMajlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201604/09298Lulus04/04/201604/04/201614:44:52
SELAMAT HARI IBU15362/2016PROMOSI BULAN APRIL - MEI PERCUBAAN KALI PERTAMA RM38 SAHAJA KLASIK RAWATAN TANGAN DAN RAWATAN KAKI RM188 SAHAJA UNTUK 3 KALI GEL RAWATAN TANGAN DAN KLASIK RAWATN KAKI RM288 SAHAJA UNTUK 3 KALIMajlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201604/09297Lulus04/04/201604/04/201614:44:29
3 KALI JUARA DUNIA59900/20163 KALI JUARA DUNIA #PoweredbyPETRONASMajlis Bandaraya Shah AlamPetroleumTiadaDBP/KPB/201611/15066Lulus28/11/201629/11/201618:38:43
BONUS KALI INI. BERMINAT?23256/2015BONUS KALI INI...BERMINAT?Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/07611Lulus10/06/201515/06/201512:36:06
DUA KALI SEHARI KE BRUNEI37533/2016DUA KALI SEHARI KE BRUNEIDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/08140Lulus02/08/201603/08/201614:50:09
DUA KALI SEHARI KE BRUNEI37532/2016DUA KALI SEHARI KE BRUNEIDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/08138Lulus02/08/201603/08/201614:49:47
3 KALI JUARA DUNIA60705/20163 KALI JUARA DUNIA #PoweredbyPETRONASMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/10678Lulus01/12/201602/12/201614:53:59
PERCUBAAN PERTAMA KALI27766/2015PERCUBAAN PERTAMA KALI RM58Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/07646Lulus10/07/201514/07/201514:34:42
12345678910...

Kembali ke atas