Definisi : 1. = air ~ air drpd nasi yg mendidih; 2. bubur nasi; 3. campuran air dan bahan pelekat (spt tepung sagu atau tepung ubi) utk mengeraskan pakaian, tajin; 4. (Bio) sj bahan yg terbina drpd unit-unit glukosa, dan banyak tersimpan dlm tisu tumbuhan; ~ haiwan glikogen; ~ kayu sj kanji yg terdapat dlm kayu dan berfungsi sebagai bahan makanan simpanan utk pertumbuhan pokok; berkanji 1. ada kanjinya, mempunyai kanji: tepung gandum ialah makanan yg ~; 2. keras dgn kanji (bkn pakaian): berseluar bersih yg ~; menganji mengeraskan pakaian dll dgn kanji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)