Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pal] | کاڤل

Definisi : bahtera atau perahu besar yg ada gela­dak (biasanya digerakkan oleh jentera); ~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkas kapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk men­dalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengan­dungi bijih; ~ kontena kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandu kapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayar Id sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburu kapal perang kecil yg laju; ~ pemecah ais sj kapal yg digunakan utk memecahkan ais di kawasan perairan yg sejuk utk memudahkan pelayaran; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk api kapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; ~ udara sj kapal berbentuk belon lonjong yg dapat terbang di udara dgn menggunakan gas ringan; ~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~ prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg me­ngarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak ber­tambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang; berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu; mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal; perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pal] | کاڤل

Definisi : kulit yg menjadi keras (di kaki dll), belulang; kapalan berbelulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pal] | کاڤل

Definisi : kenderaan di air (lebih besar drpd perahu dan ada geladak) yg biasanya belayar di laut. ~ api (asap, stim) kapal yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap. ~ dagang (niaga) kapal yg membawa barang-barang dagangan. ~ haji kapal yg membawa jemaah haji. ~ korek jentera yg berupa kapal yg digunakan utk mengorek bijih timah dll. ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar. ~ penumpang kapal yg membawa penumpang. ~ perang kapal utk berperang. ~ pukat kapal yg dilengkapi alat utk menangkap ikan. ~ selam kapal yg dpt bergerak di dlm air. ~ tangki kapal yg mempunyai tangki utk mengangkut minyak, susu getah dll. ~ terbang kenderaan berjentera yg dpt bergerak di udara (biasanya utk membawa penumpang dll). ~ terbang jet kapal terbang yg menggunakan kuasa jet. berkapal 1 ada atau mempunyai kapal. 2 belayar atau pergi ke sesuatu tempat dgn kapal; menaiki kapal: Dia ~ ke Mekah. perkapalan hal-hal mengenai kapal (urusan, pelayaran dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapal (kata nama)
Bersinonim dengan bahtera, lancang, keci, kapal layar, jong, feri.,

Puisi
 

Kapal dagang kapal Bugis,
     Kapal hendak ke negeri China;
Dulu tak cukup sekarang tak habis,
     Adik ini nak buang ke mana?


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Kapal besar ditunda jongkong.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEMBEKAL AIR BERSIH DAN MINYAK DARI KAPAL KE KAPAL28392/2017PEMBEKAL AIR BERSIH DAN MINYAK DARI KAPAL KE KAPAL (SUPPLY FRESH WATER AND BUNKERING SHIP TO SHIP - STS) LOGO SEVEN SEAS RESOURCES SEVEN SEAS RESOURCES(SA0100430-H) TB: 018-3965449 / 013-9178848 / 019-9832607 / 019-9923606 E-mel: sarif6704@gmail.comMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/15875Lulus10/05/201712/05/201711:19:18
SEVEN SEAS RESOURCES26605/2017PEMBEKAL AIR BERSIH DAN MINYAK DARI KAPAL KE KAPAL (SUPPLY FRESH WATER & BUNKERING SHIP TO SHIP - STS ) SEVEN SEAS RESOURCES(SA0100430-H) TB: 018-3965448 / 013-9178848 / 019-9832607 / 019-992 3606 E-mel: sarif6704@gmail.com, sevenseas2017@hotmail.coMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/15405Lulus09/05/201711/05/201709:44:05
Papan tanda syarikat13925/2015PEMBEKAL PERKHIDMATAN MARITIM SETEMPAT Kepakaran Kami: Pemindahan Kapal ke kapal (Melaka, Johor Bahru & Labuan) Pelabuhan Penerimaan & Infrastruktur Kitar Semula Pengurusan Bersepadu Buangan Berjadual Agensi Penghantaran & Projek Logistik KateringMajlis Perbandaran KemamanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/07071Lulus16/04/201516/04/201514:00:07
Kafé Kapal15857/2016Kafé KapalMajlis Daerah Hulu SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201604/09759Lulus05/04/201606/04/201611:06:57
PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN KAPAL23629/2016PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN KAPALTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/11869Lulus19/05/201620/05/201611:13:05
Syarikat Perusahaan Membaiki Kapal8235/2016Syarikat Perusahaan Membaiki KapalMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/09119Lulus24/02/201625/02/201609:21:16
egen jualan tiket kapal terbang berdaftar37495/2016egen jualan tiket kapal terbang berdaftar domestik & antarabangsa / pakej pelancungan ( inbound & outbound) / pakej umrah / tempahan hotel & pengangkutan / permohonan visaMajlis Perbandaran KuantanPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201608/08250Lulus03/08/201604/08/201609:07:25
Pembekal alat ganti kapal terbang7691/2014pembekal alat ganti kapal terbang FJ GLOBAL SOLUTIONS (M) SDN BHDMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/04137Lulus22/04/201423/04/201408:15:41
PAKAR PENGHANTARAN DALAM BIDANG MINYAK DAN GAS,INDUSTRI TENAGA,TELEKOMUNIKASI,PERKILANGAN DAN AUTOMOTIF21579/2016-PENGHANTARAN KARGO MELALUI DARAT,UDARA DAN LAUT -PENGANGKUTAN BERAT -PERGUDANGAN -PENYEWAAN KAPAL LAUT DAN KAPAL TERBANG (CATATAN: SYARIKAT TIDAK MAHU MENUKAR DARI BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MELAYU IAITU "OIL & GAS LOGISTICS EXPEDITED" KERANA IALembaga Bandaran Johor TenggaraPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201605/09415Lulus04/05/201605/05/201609:44:35
Bengkel Menghias Lilin & Bengkel Membuat Kapal Terbang16319/2014Aktiviti menghias lilin & Aktiviti membuat kapal terbangMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201407/05405Lulus17/07/201418/07/201417:46:00
123

Kembali ke atas