Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghar­gaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta); ~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaul­annya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaan­nya; kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan keduka­citaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; mengasihi menaruh kasih akan (pd), me­nyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya; kekasihan rasa cinta (sayang); pengasihan perihal mengasihi; berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusapusap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatang­kan atau membangkitkan rasa kasih: dicari-kannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : ; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (se­seorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : bp 1. memberi: jangan ~ dia minum; ~ tahu memberitahu; 2. mem­biarkan, mengizinkan, tidak menegahkan; ~ lihat memperlihatkan; ~ turun menurunkan; 3. membuat supaya, menjadikan: ~ mati sama dia; pengasih pemberian, hadiah; kasi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1 perasaan sayang; cinta: ~nya terhadap gadis itu tidak berbalas. 2 berasa sayang; berasa cinta: Dia amat ~ akan anak itu. ~ sayang a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. berkasih-kasihan sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. mengasihi menaruh kasih pd; menyayangi; mencinta: Dia ~ sahabatnya itu. kasihan 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? mengasihani menaruh belas kasihan pd: Apa gunanya ~ orang yg tidak tahu membalas budi? kekasih orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. pengasih 1 = ilmu ~ sesuatu (spt jampi, guna-guna) yg dpt menimbulkan atau dpt mendatangkan rasa kasih. 2 bersifat belas kasihan; selalu berasa kasihan: Ibu yg ~ dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Bagaimana nak tanam selasih,
     Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
     Kasih bercampur denganlah budi.


Lihat selanjutnya...(296)
Peribahasa

Badan bersaudara;
     emas perak tiada bersaudara;
kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta yang ada,
kasih ibu sama rata;
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Restoran Cahaya Kasih24976/2015Restoran Cahaya Kasih Cahaya Kasih Seafood Restaurant Wifi PercumaMajlis Daerah Hulu SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/09427Lulus29/06/201530/06/201515:33:08
Billboard Deepavali38882/2015Sila semak untuk pengesahan. Perkataan Deepavali adalah betul. Jenis font yang digunakan begitu. Perlu lihat dengan teliti. Terima kasih Terima KasihMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/07100Lulus05/10/201505/10/201514:49:07
TASKA CAHAYA KASIH43301/2016Nama ini dipilih bermaksud kasih sayang yang erat dan mendalam terhadap kanak-kanak. Cahaya kasih juga bermaksud naluri keibuan yang sejati terhadap kanak-kanak.Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201609/09044Lulus31/08/201602/09/201608:03:28
ROHANA KASIH ENTERPRISE21797/2016PEJABAT URUSAN ROHANA KASIH ENTERPRISE JUALAN PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN Telefon : 03-61434844 E-mail : Rohanakasih@gmail.com Facebook : Rohana Kasih No 15, Jalan BRP 1/5, Bukit Rahman Putra, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/09729Lulus06/05/201606/05/201615:59:22
Kasih Sayang25542/2016Kasih Sayang Membuatkan anak-anak tersenyum riang bersama fiffyMajlis Daerah Hulu SelangorPakaianTiadaDBP/KPB/201605/12711Lulus24/05/201625/05/201611:19:39
TERIMA KASIH6353/2017TERIMA KASIH JUMPA LAGI PASANG TALI PINGGANG KELEDAR DAN PANDU DENGAN SELAMATMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/10477Lulus06/02/201707/02/201710:03:58
kasih m21318/2016restpran kasih delima nasi lemak ayam sup tomyamMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201605/09232Lulus03/05/201604/05/201612:13:52
CITRA KASIH RESORT60670/2016CITRA KASIH RESORT; AKAN DIBUKA MULAI 15 DISEMBER 2016; PROMOSI RM99.00 BERSIH; UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI 06-2311822/402/502/602 TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARATMajlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/10773Lulus01/12/201605/12/201609:07:27
Taska Kasih Raudhah2377/2016Taska Kasih Raudhah No 9,Jalan Permai 6,Taman Desa Peladang Permai, Titi Gantong,32600,Bota,Perak 019-2883653/ 017-4830137Majlis Daerah Perak TengahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201601/08946Lulus14/01/201615/01/201608:02:33
Sinaran Kasih Sayang1598/2016Sinaran Kasih Sayang Membuatkan Senyuman Lebih Riang Ceria Bersama-sama FiffyMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201601/08523Lulus12/01/201612/01/201611:43:53
12345678910...

Kembali ke atas