Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menangiskan gajah berusung.

Bermaksud :

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
APACHE - AUTO PAY MACHINE ADVERTISING27723/20161). BARU AROMA COFFEE DI MALAYSIA 2). Cubalah 3). Kini boleh didapati di AEON Maluri. 4). “Apabila anda hidup dengan yakin, tidak gembira, tidak mempunyai belas kasihan, dan melupakan kebencian, anda perlahan-lahan akan mencari bahawa merekaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201606/10382Lulus06/06/201606/06/201614:32:16

Kembali ke atas