Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) me­ngayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw seperti, sebagai, macam: ~ anjing liar bergerombolan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seri kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 banyak mempunyai harta (wang dll): Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2 mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan Maha ~. 3 banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin): Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya. kekayaan 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.

 

Lihat selanjutnya...(93)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Dapatkan disini43444/2015Mineral coffee Kaya bahan mineral Kaya unsur antioksidan Melegakan tekanan Menghilangkan keletihan fizikal dan mental Menerima tempahan jahitan baju wanitaMajlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/10854Lulus29/10/201530/10/201518:33:06
Menu makanan1852/20141. Takoyaki - Takoyaki 2. Belgian Waffle - Wafel Belgian 3. Kaya Ball - Bebola Kaya 4. Sweet Corn - Jagung Manis 5.Crispy Waffel - Wafel RangupMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201403/03800Lulus19/03/201419/03/201407:51:10
KAYA CIPTA TRADING40973/2015KAYA CIPTA TRADING Penjual Makanan Dan Minuman Dan Pelbagai Produk MuslimMajlis Daerah YanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/08667Lulus15/10/201516/10/201508:13:09
RESTORAN LANG KAYA10338/2017RESTORAN LANG KAYAMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/14032Lulus04/03/201706/03/201708:59:53
MENJADI KAYA MELALUI PERNIAGAAN DALAM TALIAN41732/2015MENJADI KAYA MELALUI PERNIAGAAN DALAM TALIAN, PERCUMA, HUBUNGI, WANG DAN ANDA, YURAN, NORMAL,TEMPAHAN AWAL, PELAJAR, PAKAR PERNIAGAAN INTERNET, JUTAWAN, PERSONALITI TV DAN RADIO, PELOPOR DAN PENGARAH KOMERSIL, DAN, KOLEKSI, DAN, :Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201510/09847Lulus23/10/201523/10/201514:02:39
MENJADI KAYA MELALUI PERNIAGAAN DALAM TALIAN41279/2015MENJADI KAYA MELALUI PERNIAGAAN DALAM TALIAN, HUBUNGI, YURAN, NORMAL, TEMPAHAN AWAL, PELAJAR, RAKAN KERJASAMA, PERCUMA, WANG DAN ANDAMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201510/09185Lulus20/10/201520/10/201515:22:58
1) TAMAN KAYA FASA 4, 2) TAMAN LAW HAN CHONG 3) TAMAN AMAN10083/2015SAMBUNGAN KEPADA TAMAN KAYA YANG SEDIA ADA.DISERTAKAN 3 NAMA UNTUK PENGESAHAN PIHAK TUAN.Majlis Perbandaran TaipingPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201504/05144Lulus02/04/201502/04/201514:57:15
Kaya Raya Stationery31961/2014penjual alat tulisMajlis Bandaraya Johor BahruAlat TulisTiadaDBP/KPB/201412/05294Lulus16/12/201419/12/201410:59:28
RESTORAN KAYA2971/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201710/15958Lulus24/03/201617/10/201717:05:36
Lumayan Kaya Sdn. Bhd.16703/2016TiadaMajlis Perbandaran Pasir GudangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/10300Lulus08/04/201611/04/201611:36:02
12

Kembali ke atas