Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KILANG KAYU4609/2017KILANG KAYUMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/14446Lulus23/01/201724/01/201711:58:21
TUKANG KAYU363/2016TUKANG KAYU T & Y WOOD WORTH TRADINGDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/07618Lulus05/01/201605/01/201614:14:50
KILANG KAYU PAPAN LAPIS15752/2017KILANG KAYU PAPAN LAPIS FOO BEE NATURAL WOOD PRODUCTS SDN. BHD. LOT 2778A, KG. BARU SG. BULOH, SEKSYEN U19, 40160 SHAH ALAM, SELANGOR.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/17407Lulus19/03/201720/03/201716:22:43
RESTORAN DAPO KAYU37422/2015Restoran DAPO KAYU AYAM KAMPUNG/NASI CAMPUR/ALA CARTE NO.82-6, JALAN SETIA GEMILANG, U13/BJ SETIA ALAM, 40170 SHAH ALAM, SELANGMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201509/08216Lulus21/09/201523/09/201513:53:50
kilang acuan kayu29711/2017kilang acuan kayuMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201706/15318Lulus14/06/201715/06/201708:07:38
KILANG PERABOT KAYU15560/2016KILANG PERABOT KAYU STRATEGIC PLANS SDN. BHD. NO. AL-2G, LOT 897, JALAN KAMPUNG BARU, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR. TALIAN UTAMA: 017 7777770Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/09609Lulus05/04/201606/04/201607:46:19
Penjual Pintu Kayu53427/2015Penjual Pintu KayuTiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201512/10016Lulus29/12/201530/12/201508:21:56
Kedai Lantai Kayu29917/2014Kedai Lantai KayuDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/03394Lulus30/11/201401/12/201410:17:52
KEDAI KRAF KAYU JATI32112/20161.)KEDAI KRAF KAYU JATI 2.)TEAK CRAFT 3.)JM 0428890-UMajlis Daerah KulaiKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201606/14034Lulus28/06/201629/06/201615:15:51
KEDAI PINTU KAYU DAN KUNCI53366/2015KEDAI PINTU KAYU DAN KUNCI PINTU MUTIARA MAKMUR TRADINGMajlis Perbandaran Sungai PetaniKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201512/10158Lulus29/12/201530/12/201516:24:25
12345678910

Kembali ke atas