Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasa­an, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguat­kuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg me­nyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1 tidak termasuk; tetapi tidak; lain drpd; melainkan: Pejabat pos dibuka setiap hari ~ pd hari Ahad atau pd hari kelepasan am. 2 yg menyimpang (drpd kebiasaan, peraturan dll); yg terasing atau yg terpisah (drpd yg lain): Peraturan ini dikenakan pd setiap orang, tidak ada ~nya. berkecuali 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. mengecualikan menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. terkecuali terasing (drpd peraturan dll); terpisah: Kanak-kanak ~ drpd peraturan itu. kecualian sesuatu yg dikecualikan; sesuatu yg terasing atau yg terpisah drpd yg lain. kekecualian keadaan berkecuali. perkecualian perihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu. pengecualian perbuatan atau hal mengecualikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,

Peribahasa

627

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TASKA JITU13866/2015pendaftaran kini dibuka beroperasi setiap hari (kecuali cuti umum)Majlis Daerah KulaiPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201504/07437Lulus20/04/201520/04/201511:40:23
PERMOHONAN PELAJAR BARU51177/2015apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga hal: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan pengajian asasi percuma www.mediu.edu.my 03-55113939 pengajian ditawarkan daripada peringkat asasiPihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201512/08421Lulus15/12/201516/12/201509:32:31
SET MAKAN TENGAH HARI60390/2016Menu Makan Tengah Hari : Isnin - Jumaat kecuali cuti umum 11 pg. - 3 ptg. SET MAKAN TENGAH HARI BERMULA DARIPADA RM17.91* FILET MEDALLIONS AYAM MOJO BURGER STEAKHOUSE SALAD STRAWBERI WALNUT PASTA UDANG NOLITA DELI PANINI Dihidangkan bersMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201612/11231Lulus06/12/201607/12/201609:45:44
Loon Sing7292/2015Sewaan Dewan Konvensyen Nilai,diskaun 30%, Isnin - Jumaat,(kecuali cuti umum), 500 meter,nilai convention hallDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/05083Lulus04/03/201504/03/201515:11:15
KLINIK AZREEN26874/2017KLINIK AZREEN BUKA: 9.00 PAGI HINGGA 9.00 MALAM (KECUALI HARI SABTU) TEL.: 07-3614415Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/14437Lulus04/05/201704/05/201711:10:26
JOM TUTUP AURAT1927/2014JOM TUTUP AURAT ...kerana dirimu begitu berharga.. Seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan Tebal Feminin Longgar Tidak bercirikan agama lain Sederhana Tidak menunjuk-nunjukMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201402/02925Lulus04/02/201404/02/201415:29:34
PROMOSI BULAN MERDEKA 201635612/20161. 10% Diskaun untuk semua ALAT GANTI TULEN kecuali semua jenis minyak. 2. 25% Diskaun untuk Pakej Additive.Majlis Perbandaran KuantanAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201607/11784Lulus22/07/201626/07/201610:06:25
ARTIYANA4275/2015PUSAT KECANTIKAN DAN KESIHATAN ARTIYANA BEAUTY & WELLNESS CENTRE (LOGO) DIBUKA SETIAP HARI KECUALI HARI SELASA 10 PAGI - 7 MALAM HUBUNGI KAMI: 019-7738516 NO. 9, TINGKAT 1, JALAN TUN MOHD FUAD 3, TAMAN TUN DR ISMAIL, 60000 KUALA LUMPUR. DIMILIKIMajlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201502/05686Lulus16/02/201517/02/201508:35:02
KARNIVAL AKHIR TAHUN52170/2016-90% PRODUK DISKAUN HINGGA 50% -UNTUK AHLI PISB SAHAJA -TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT -KECUALI HARGA TETAP SAHAJAMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/14191Lulus21/10/201624/10/201609:28:32
KARNIVAL AKHIR TAHUN52168/2016-90% PRODUK DISKAUN HINGGA 50% -UNTUK AHLI PISB SAHAJA -TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT -KECUALI HARGA TETAP SAHAJAMajlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/14190Lulus21/10/201624/10/201609:28:10
1234

Kembali ke atas