Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mem­pamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(28)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI PERMAINAN1079/2017TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/23069Lulus24/01/201729/03/201918:32:14
KEDAI SERBANEKA12172/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/23005Lulus07/12/201529/03/201916:07:05
KEDAI RUNCIT12150/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/22944Lulus04/12/201529/03/201910:25:26
KEDAI PERMAIDANI1007/2017TiadaMajlis Perbandaran SelayangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/22849Lulus23/01/201728/03/201916:34:03
KEDAI SERBANEKA12122/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/22647Lulus04/12/201526/03/201916:44:12
KEDAI SERBANEKA991/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/22638Lulus23/01/201726/03/201916:29:56
KEDAI RUNCIT971/2017TiadaPihak Berkuasa TempatanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/22541Lulus23/01/201725/03/201917:21:49
KEDAI DOBI953/2017TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/22381Lulus20/01/201722/03/201916:49:49
KEDAI MANISAN952/2017TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/22380Lulus20/01/201722/03/201916:47:38
KEDAI KOSMETIK941/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/22252Lulus20/01/201720/03/201918:19:02
12345678910...

Kembali ke atas