Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dut] | کدوت

Definisi : kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain); berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya mengham-pirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; mengedut menjadi berkedut (berkerut, ber­lipat-lipat, beropol-ropol); mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut; kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : ark; mengedut merentap, meragut, merampas, merebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : Jw ark getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : , = kedutan kerut (pd kulit); renyuk (pd kain, kertas dsb); ropol (pd kain dll). (penyakit) ~ daun penyakit pd tumbuh-tumbuhan yg menyebabkan daun menjadi berkedut-kedut oleh sebab virus. berkedut tidak licin; berkerut: Bajunya ~. Dahinya ~ memikirkan sesuatu. mengedut menjadi berkedut (berkerut). mengedutkan menjadikan berkedut; mengerutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedut (kata nama)
1. Dalam konteks kain
bersinonim dengan ropol, renda, lipat, kusut, ronyok, kumal berkerumuk,

2. Dalam konteks kertas
bersinonim dengan renyuk, berkerumuk, kumal,

3. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan keresot, kerut, keretot, lisut, kempis, susut, kecut, kerdut, kesut, kerepot, gelembur, lisu, kerunyut, gedeber, kerunyut,

Kata Terbitan : berkedut, mengedut, mengedutkan, kedutan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
HAJRA SHAH ALAM7946/2016HAJRA SHAH ALAM, TUDUNG SEDIA PAKAI KEDUT DUA MUKA, RM 41.30 SEHELAI, HARGA ASAL RM59.OO.Majlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201602/09402Lulus26/02/201629/02/201607:57:08
ESTETIKA MEDISPA5238/2017ANDA MEMPUNYAI MASALAH INI? KUSAM JERAWAT JERAGAT KEDUT ESTETIKA MEDISPA "PROFESSIONAL BEAUTY CENTRE" RAWATAN MAMPU MILIK KAJIAN DARI UK TEKNOLOGI DARI KOREA DAN AS DIIKTIRAF DAN SELAMAT ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM 0126777617Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/14798Lulus25/01/201726/01/201708:16:29
Promosi Hebat3024/2014Rawatan Menyegarkan Muka RM38 Rawatan Melegakan Belakang Badan RM68 Rawatan Roller Derma *Mengurangkan Kedut *Mengurangkan parut jerawat berlubang *Memutihkan kulit *Mengurangkan belbagai Parut *Peremajaan kulit Menang Mini Ipad SiMajlis Bandaraya Johor BahruPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201402/03894Lulus21/02/201421/02/201414:38:17

Kembali ke atas