[ke.ha.di.ran] | کحاضيرن
Definisi : perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm perjumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.ha.di.ran] | کحاضيرن
Definisi : perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)