Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1 balik ke tempat asalnya; pulang: Suaminya masih belum ~ dr pejabat. ~ ke alam baqa (kekal), = ~ ke rahmatullah meninggal dunia. 2 lagi; sekali lagi; semula: Di sana, kami telah bertemu ~. 3 kata yg digunakan utk menyatakan pengulangan, pemulangan dll; semula: Dia menceritakan hal itu ~. mengembalikan 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? pengembalian perbuatan (hal dsb) kembali atau mengembalikan; pemulangan; pemulihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Puisi
 

Burung serindit terbang melayang,
     Mari hinggap di pohon jati;
Wahai adinda kekasihku sayang,
     Kembali kasih si buah hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sesat surut,
     terlangkah kembali.

Bermaksud :

Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(38)

126

Things past cannot be recalled

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but Things past cannot be recalled .

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Banting Promosi Kembali Ke Sekolah23528/2014PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH KEMBALI KE TEN TEN BERMULA SEKARANG NEWBERY KUALITI TERJAMIN PERCUMA POLISI INSURANS BERNILAI RM 10,000Majlis Perbandaran KuantanPakaianTiadaDBP/KPB/201410/04259Lulus02/10/201408/10/201409:14:49
Sepanduk Promosi Kembali Ke Sekolah23525/2014PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH KEMBALI KE TEN TEN NEWBERY KUALITI TERJAMIN PERCUMA POLISI INSURANS YANG BERNILAI RM10,000 Tertakluk pada terma dan syarat.Majlis Perbandaran KuantanPakaianTiadaDBP/KPB/201410/04255Lulus02/10/201408/10/201409:13:57
Banting Big 10 Promosi Kembali Ke Sekolah23535/2014PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH KEMBALI KE TEN TEN BERMULA SEKARANG NEWBERY KUALITI TERJAMIN PERCUMA POLISI INSURANS BERNILAI RM10,000Majlis Perbandaran KuantanPakaianTiadaDBP/KPB/201410/04269Lulus02/10/201408/10/201409:17:05
Sepanduk BIG 10 Promosi Kembali Ke Sekolah23531/2014PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH KEMBALI KE TEN TEN NEWBERY KUALITI TERJAMIN PERCUMA POLISI INSURANS YANG BERNILAI RM 10,000 Tertakluk pada terma dan syarat.Majlis Perbandaran KuantanPakaianTiadaDBP/KPB/201410/04264Lulus02/10/201408/10/201409:15:56
Kembali ke Sekolah45224/2015KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA SAKAN SMART JENAMA PILIHAN RAMAI MULAI 27 NOV. 2015 HINGGA 3 JAN. 2015Pihak Berkuasa TempatanPakaianTiadaDBP/KPB/201511/07079Lulus09/11/201509/11/201515:13:01
Kembali Ke Sekolah51164/2015Kembali Ke SekolahDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/08353Lulus15/12/201516/12/201507:59:40
KEMBALI KE SEKOLAH50039/2015KEMBALI KE SEKOLAHMajlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/07414Lulus08/12/201509/12/201509:02:49
Kembali ke Sekolah45222/2015KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA-SAMA SAKAN MULAI 27 NOV. 2015 HINGGA 3 JAN. 2015Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07109Lulus09/11/201511/11/201508:11:12
Kembali ke Sekolah45221/2015KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA-SAMA SAKAN SMART JENAMA PILIHAN TERUNGGUL MULAI 27 NOV. 2015 HINGGA 3 JAN. 2015Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07108Lulus09/11/201511/11/201508:10:46
KEMBALI KE SEKOLAH2235/2014KEMBALI KE SEKOLAH SH STATIONERY & ENTERPRISEMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201402/03117Lulus10/02/201410/02/201410:47:12
12345678910...

Kembali ke atas