Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : 1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~; mengencang menjadi kencang (deras, pan­tas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~; mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll); memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. memper­cepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll); kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : ; ~-kencung bunyi spt bunyi enjin (bunyi cang-cung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : 1 tidak kendur (bkn tali dll yg diregangkan); tegang; terik: Tali itu direntangkan ~-~. 2 laju (bkn ribut dll); cepat: Angin bertiup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kencang (adjektif)
1. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kuat, bagas, keras, deras,
Berantonim dengan sepoi-sepoi bahasa

2. Bersinonim dengan cepat: laju, pantas, deras,
Berantonim dengan perlahan

3. Bersinonim dengan tegang: cekang, sering, tidak kendur,
Berantonim dengan kendur

4. Bersinonim dengan teguh: kuat-kuat, erat-erat,

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan peramah, mesra,

Kata Terbitan : mengencang, mengencangkan, menperkencang, kekencangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin selatan,
     Keras sampai tepi kota;
Biar miskin tidak makan,
     Asal terpasang api pelita.


Lihat selanjutnya...(11)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Celcom - Muat Naik Kencang (60 x 40)39813/2016Seperti dilampirkan. Terima kasih.Majlis Bandaraya Petaling JayaTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201608/09856Lulus12/08/201615/08/201608:12:27
Nescafe Canned Coffee - Creamy Roast_Vertical25645/2015NESCAFE CREAMY ROAST BAHARU LAGI KENCANGMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/06473Lulus25/06/201503/07/201516:51:23
Nescafe Canned Coffee - Creamy Roast 220551/2015BERKRIM HABIS LAZAT TERANGKAT NIKMAT MENGANCAM LAGI KENCANGMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/08679Lulus25/05/201528/05/201517:02:55

Kembali ke atas