Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : ; ~ batang sj tumbuhan (pokok), saga, Adenanthera paronina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : majlis jamuan makan utk meminta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal dll. ~ arwah kenduri utk mendoakan orang yg telah meninggal. ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri. ~ Maulud kenduri utk menyambut hari Maulud. berkenduri mengadakan kenduri; menghadiri kenduri. mengendurikan menggunakan sesuatu utk berkenduri: Dia ~ daging korban itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
backdrop promosi kenduri kahwin_20'x4'27173/2014TiadaMajlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201411/04155Lulus10/11/201410/11/201415:08:06
BUNTING AL-BARAKAH 331652/2017AKIKAH, KORBAN, KENDURI, MAJLIS, DAN KEDAI MAKANMajlis Daerah BentongMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/18945Lulus24/05/201726/05/201710:46:14
NOOR IMA KATERING41539/2015Pakej Kenduri Kahwin Dengan Harga Rendah Kadar Harga : RM8.50 (Promosi dari Oktober hingga Disember 2015)Majlis Perbandaran TemerlohHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/09907Lulus26/10/201526/10/201508:22:36
ALAMI KERIANGAN BERSAMA KAMI838/2015KAMI MENJUAL, MEMBEKAL DAN MENERIMA TEMPAHAN : KATERING AISKRIM PERKAHWINAN SUKANEKA KENDURI HARI JADI LAIN-LAINMajlis Perbandaran Pasir GudangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201501/04668Lulus08/01/201512/01/201514:35:11
NASI ARAB SHALEENA15722/2017NASI ARAB SHALEENA Daripada RM 6.80 Seorang Set Sayang Keluarga Set Mesra Kenduri Set Ukhwah Masjid Set Rakan Sekerja 010-2901696TiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/17548Lulus20/03/201721/03/201709:50:32
PAPAN TANDA29527/2016Restoran Mama Baryani House Sejak 1997 kami sedia menerima tempahan katering untuk majlis perkahwinan kenduri kendara dan lain-lainMajlis Perbandaran Batu PahatMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201606/11986Lulus14/06/201615/06/201611:09:57

Kembali ke atas