Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling baha­giannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu memba­yangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb me­nambahkan perbelanjaan yg membazir; su-dah biasa makan ~ prb sudah biasa menga­lami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman; berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis­-habisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerak (kata nama)
1. Bersinonim dengan lapisan keras: selaput kering

2. Bersinonim dengan sisa: kotoran, karat, daki,

Kata Terbitan : berkerak,

Puisi
 

Telur murai di atas geta,
     Benang kerak disimpul pulih;
Orang duduk bertindih riba,
     Jangan diharap katakan boleh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tidak bernasi di balik kerak.

Bermaksud :

Tidak ada yang ketinggalan (sudah selesai, sudah diperlihatkan dan sebagainya). (Bandingkan dengan: Ada nasi [= bernasi] di balik kerak).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kerak "puff"53249/2016Baharu Nikmati Keunikan Kerak Paf Surcaj Dikenakan Tertakluk pada terma dan syaratPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/14903Lulus27/10/201627/10/201616:14:27
kerak poket berkeju pasti menawan seleramu4027/2016kerak poket berkeju pasti menawan seleramuMajlis Daerah Hulu TerengganuMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201601/10370Lulus25/01/201626/01/201611:43:31
Cheesy Crown2021/2016KERAK POKET BERKEJU PASTI MENAWAN SELERAMU. BARU ISI KETAM LAZAT KERAK POKET BERKEJU Produk yang tertera adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat. Perkhidmatan Pelanggan: www.pizzahut.com.my Pizza Hut RestaurantPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201601/08820Lulus13/01/201614/01/201609:07:29
Cheesy Crown772/2016KERAK POKET BERKEJU PASTI MENAWAN SELERAMU. BARU Produk yang tertera adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat. Perkhidmatan Pelanggan: www.pizzahut.com.my Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd (No. Syarikat 113925-U)Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201601/08754Lulus13/01/201613/01/201613:55:21
Cheese Burst26636/2015Promosi kerak 'Cheese Burst' 'BBQ dan CiliPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/06223Lulus02/07/201502/07/201515:37:44
4 For All28520/2015[4 FOR ALL MASTHEAD] *note: We have trademark the 4 For All Masthead. SEBARANG INTI! SEBARANG KERAK! 4 Piza Saiz Personal RM36 DARIPADA RM9 SETIAP SATU [DISCLAIMER] Produk yang tertera hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja. Tertakluk pada termaPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/08570Lulus27/07/201527/07/201516:08:36

Kembali ke atas