Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rap] | کرڤ

Definisi : 1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; 2. tidak jarang, rapi (bkn anyaman, tenunan dll), rapat-rapat (letaknya dsb) antara satu sama lain (barang yg berderet­-deret): tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~; mengerapi membuat (melakukan) berkali­kali atau berulang-ulang; mengerapkan 1. menjadikan kerap; 2. menganyam (menenun) kerap-kerap; kekerapan keadaan kerap, kerapnya ber­laku sesuatu, keseringan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : ; ~-kerup = kerap-kerap bunyi spt bunyi orang makan keropok; ®kerup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : Kd mengipas: dia ~ nenek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : 1 = ~ kali selalu; sering; acap kali: Kami ~ pergi bermain-main di rumahnya. 2 rapat benar antara satu dgn yg lain; rapi (bkn anyaman dll). mengerapkan menjadikan kerap; menganyam dll rapat-rapat. kekerapan keadaan kerap; kerapnya berlaku sesuatu yg berulang-ulang: ~ memangkas pokok tidak ditentukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,

Puisi
 

Saya nak berumah di paya,
     Ada lintah kerap buang;
Saya nak berbini janda,
     Ada perintah cepat buang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pusat Tuisyen Kerap Sukses22293/2017Pusat Tuisyen Kerap Sukses 革立补习中心 001288193-AMajlis Perbandaran SerembanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201704/16420Lulus13/04/201717/04/201708:24:19
AMANI SPORT49062/2015ANDA AKTIF SUKAN? KERAP CEDERA KETIKA SUKAN? AMANI SPORT MEMBANTU MEMPERCEPAT PEMULIHAN SENDI DAN OTOT.Majlis Bandaraya Shah AlamUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201512/06709Lulus02/12/201503/12/201509:31:00
AMANI SPORT48084/2015ANDA AKTIF SUKAN? KERAP CEDERA MASA SUKAN? AMANI SPORT MEMBANTU MEMPERCEPAT PEMULIHAN SENDI DAN OTOT.Majlis Bandaraya Shah AlamUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201511/09748Lulus27/11/201527/11/201514:36:35
Marvelane9011/2015Kejayaan Jarang Diperkatakan Ianya Lebih Kerap DizahirkanMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201503/07524Lulus24/03/201524/03/201512:30:12
Dapatkan Khidmat Nasihat Percuma47997/2016019-2434888 www.sinarpermata.com dapatkan khidmat nasihat percuma adakah anda mengalami gejala nafas berbau sakit kepala gatal mata gatal hidung kerap bersin rambut gugur kunjungi kami di no.5, persiaran taiping 1, jalan taiping, kuala kangsar.Majlis Daerah Kuala KangsarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/12650Lulus29/09/201630/09/201607:52:02

Kembali ke atas