Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakar­an); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg diguna­kan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasa­nya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : /keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta

Puisi
 

Kereta kuda kereta pedati,
     Mari dinaik Raja Dang Ratu;
Sungguh adik tidak mengerti,
     Apalah maksud kata begitu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hitam-hitam bendi,
     putih-putih sadah.

Bermaksud :

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI CERMIN KERETA20/2017KEDAI CERMIN KERETA; PAKAR DALAM PEMASANGAN CERMIN KERETA; TUNTUTAN INSURANSDewan Bandaraya Kuala LumpurAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201812/14655Lulus03/01/201708/12/201814:15:42
KEDAI AKSESORI KERETA12725/2018KEDAI AKSESORI KERETADewan Bandaraya Kuala LumpurAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201812/14685Lulus18/11/201608/12/201817:25:07
PUSAT KECANTIKAN KERETA16/2017PUSAT KECANTIKAN KERETA; DIMILIKI OLEH' NOMBOR LESEN MPSJMajlis Perbandaran Subang JayaAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201812/14651Lulus03/01/201708/12/201813:19:25
KEDAI CUCI KERETA32299/2017KEDAI CUCI KERETA SNOW CARWASHMajlis Perbandaran NilaiAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201705/19684Lulus26/05/201730/05/201716:59:00
PUSAT KECANTIKAN KERETA30769/2017PUSAT KECANTIKAN KERETA GREEN SPA CARWASH DIMILIKI OLEH : FMI PRO SERVICESMajlis Daerah Hulu SelangorAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201705/17918Lulus22/05/201723/05/201708:25:22
Pusat Servis Kereta28191/2017Pusat Servis KeretaMajlis Perbandaran KluangAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201705/16093Lulus12/05/201715/05/201708:41:04
PUSAT AKSESORI KERETA KLG CAR AUDIO ACCESSORIES & TINTED SCREEN29994/2017PUSAT AKSESORI KERETA KLG CAR AUDIO ACCESSORIES & TINTED SCREENMajlis Perbandaran KluangAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201705/17262Lulus17/05/201717/05/201723:11:44
PUSAT ALAT-ALAT GANTI KERETA33300/2017IKLAN 1: PUSAT ALAT-ALAT GANTI KERETA SL MAJU AUTOPARTS SDN. BHD. IKLAN 2: KEDAI ALAT GANTI KERETA SL MAJU AUTOPARTS SDN. BHD.Majlis Perbandaran Sungai PetaniAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201706/14275Lulus31/05/201701/06/201708:35:37
signboard33198/2017KEDAI KECANTIKAN KERETA (PLEASE URGENT)Dewan Bandaraya Kuala LumpurAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201706/14696Lulus30/05/201702/06/201711:45:23
pusat aksesori kereta pusat aksesori & hawa dingin kereta ming shen32252/2017TiadaMajlis Bandaraya IpohAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201705/19290Lulus26/05/201729/05/201716:16:54
12345678910...

Kembali ke atas