Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ring] | کريڠ

Definisi : 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawa­san, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat ter­kejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 ­9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : bunyi spt bunyi loceng basikal; berkering berbunyi spt bunyi loceng basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : sj ikan laut, Centriscus scutatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : 1 tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2 tidak turun hujan; kemarau: musim ~. 3 ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Kering tempayan,
     cebok pun jauhlah.

Bermaksud :

Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Perkhidmatan Dobi37487/2016PERKHIDMATAN DOBI * CUCIAN KERING * GOSOK * KERING PAKAIAN 958 SPEED LAUNDRYDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/08024Lulus02/08/201603/08/201609:04:06
PENGEDAR MAKANAN KERING ENRICO'S23548/2017PENGEDAR MAKANAN KERING ENRICO'S TRULY ORGINAL RAVIRAJ SDN. BHD. (220400-A) 1 800 88 1392 www.enrico.com.my enricosmalaysiaMajlis Perbandaran SerembanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/17612Lulus19/04/201720/04/201714:17:16
Cucian Kering dan Dobi49628/20161) PAKAR CUCIAN KERING 2) DRY CLEANING SPECIALIST 3) Perkhidmatan Terus ke Rumah Anda 4) Door to Door ServiceMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201610/12359Lulus12/10/201612/10/201615:29:22
KEDAI DOBI CUCIAN KERING2456/2016KEDAI DOBI CUCIAN KERING BUTH KHOM LAUNDRYMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/09264Lulus15/01/201618/01/201609:47:39
KEDAI RUNCIT BARANG KERING32596/2015KEDAI RUNCIT BARANG KERINGMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/06558Lulus17/08/201519/08/201508:56:48
PUSAT CUCIAN KERING20478/2015KEDAI DOBI SETIA LAUNDRY PAKAR CUCIAN KERING, CUCIAN AKUA DAN CUCIAN BIASAMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201506/06942Lulus09/06/201509/06/201515:58:50
KEDAI DOBI DAN PENCUCIAN KERING30092/2017KEDAI DOBI LAUNDRY KING CUCIAN KERING DRY CLEANERS DIMILIKI OLEH: CHANTEK WASHERS PLTMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/17567Lulus18/05/201722/05/201708:55:44
PEJABAT URUSAN DAN PEMBEKAL MAKANAN KERING28429/2017PEJABAT URUSAN DAN PEMBEKAL MAKANAN KERINGMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201705/16191Lulus11/05/201715/05/201711:15:15
Dobi Layan Diri - 1/2 harga2932/2016Dobi layan diri الغسيل الخدمة الذاتية 1/2 harga Promosi ulang tahun 15/2/2016 - 29/2/2016 10kg basuh / kering RM2* 15kg basuh / kering RM3* Taman Banggol Indah, Kemaman, Terengganu. *Tertakluk pada terma dan syarat.Majlis Perbandaran KemamanPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201601/09513Lulus18/01/201619/01/201612:54:49
KEDAI RUNCIT BARANGAN RUNCIT.BASAH DAN KERING10888/2015KEDAI RUNCIT HMD BARANGAN RUNCIT BASAH DAN KERINGMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201504/07112Lulus16/04/201516/04/201515:14:25
12345678910...

Kembali ke atas