Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khid.mat] | خدمت

Definisi : 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, mak­lumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khid.mat] | خدمت

Definisi : kebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti: berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RESTORAN BRIYANI KAWIN26125/2014KINI DIBUKA DI KOTA MASAI BERKONSEP MAJLIS PERKAHWINAN TEMPAHAN MEJA TEMPAHAN MAKAN TENGAH HARI / MALAM KHIDMAT PENGHANTARAN PERCUMA KHIDMAT PANDU LALU (DRIVE THRU) UNTUK TEMPAHAN AWAL : 016-7926090 (MAT ROH) NO.12, JLN. TEMBIKAI 6 (BERHADAPAN STESMajlis Perbandaran Pasir GudangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201411/03519Lulus03/11/201403/11/201409:39:55
KHIDMAT KATERING2169/2015KHIDMAT KATERINGMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201501/05815Lulus22/01/201522/01/201510:51:30
KHIDMAT KATERING2167/2015KHIDMAT KATERINGMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201501/05814Lulus22/01/201522/01/201510:51:01
KHIDMAT KATERING2166/2015KHIDMAT KATERINGMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201501/05782Lulus22/01/201522/01/201510:26:16
KHIDMAT KATERING2165/2015KHIDMAT KATERINGMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201501/05896Lulus22/01/201522/01/201515:03:21
HARI KHIDMAT PELANGGAN SME BANK 201656308/2016HARI KHIDMAT PELANGGAN SME BANK 2016Majlis Perbandaran SelayangPerbankanTiadaDBP/KPB/201611/12048Lulus10/11/201611/11/201618:15:05
khidmat penghantaran gas terus ke rumah/kedai44656/2016khidmat penghantaran gas terus ke rumah/kedai 0138834756Majlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/10119Lulus08/09/201609/09/201611:46:26
Pusat Khidmat Pejabat23866/2016Pusat Khidmat PejabatMajlis Bandaraya Petaling JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201605/11190Lulus16/05/201617/05/201615:27:34
PUSAT KHIDMAT PELANGGAN16299/2016PUSAT KHIDMAT PELANGGANDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/10008Lulus06/04/201607/04/201612:26:35
Pusat Khidmat KPMMHE8622/2015Pusat Khidmat KPMMHE Koperasi Pekerja MMHE Pasir Gudang Johor Berhad No 26A, Jalan Mawar 46, Taman Mawar 81700 Pasir Gudang, Johor Tel: 07 2513734/ 07 2524223 Fax: 07 2520645 WEBSITE: www.koopmmhe.com.my EMAIL: admin@koopmmhe.com.myMajlis Perbandaran Pasir GudangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/07467Lulus24/03/201524/03/201509:39:10
12345678910...

Kembali ke atas