Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai­-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll); ~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada ber­susah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : nama sj binatang yg seakan-akan rusa rupanya tetapi lebih kecil dan tanduknya tidak panjang, Cervulus muntjac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kijang

Puisi
 

Kijang kuning di tengah belukar,
     Disalak mari anjing Belanda;
Meski di dalam padang terbakar,
     Adik seorang aku tak lupa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dapat kijang teruit.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Program Separuh Masa44699/2016PROGRAM SEPARUH MASA MASTER OF SCIENCE IN SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SESI PREVIU PERCUMA di: Kampus MISI, Bkt Jelutong 16 Oktober 2016 (Ahad) 9:30 PG. – 12:00 TGH. Sasana Kijang, KL 23 Oktober 2016 (Ahad) 9:30 PG. – 12:00 TGH. PENGAMBILAN JANUARI 20Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/10145Lulus09/09/201609/09/201614:30:30
Taska Cilik Cerdik24897/2014Taska Cilik Cerdik Pusat Jagaan Kanak-kanak -Penjagaan harian -Aktiviti merangsang minda -Seni Kreatif dan kraf tangan -Kaedah belajar sambil bermain -Ilmu kerohanian/ Asas fardu ain pendaftaran bermula 5/11/2014 (Ahad) No. 2, Jalan Kijang 13, TMajlis Perbandaran Pasir GudangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201410/05588Lulus21/10/201421/10/201412:27:46
Program Separuh Masa14612/2017PROGRAM SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA SAINS PENGURUSAN RANGKAIAN BEKALAN MASTER OF SCIENCE IN SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SESI PENERANGAN PERCUMA DI: Kampus MISI, Bkt. Jelutong 9 dan 23 April 2017 (Ahad) 9.30 PG. – 12 TGH. Lanai Kijang, KL 16 April 2017Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/19249Lulus29/03/201729/03/201715:04:11

Kembali ke atas