Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.rim] | کيريم

Definisi : bp = berkirim, mengirim, mengirim­kan; berkirim (sedang) menyampaikan atau meminta supaya disampaikan: ada lagi Raja ~ kpd Tuan Bonham seekor kambing kembiri; ~ surat; ~ salam (sembah); ~ diri sl menyerahkan diri utk diperlindungi; berkirim-kiriman saling berkirim (surat dll): mereka berdua sudah kerap kali ~ surat; mengirim 1. menyampaikan atau meng­hantar (surat dll) menerusi sesuatu (spt pos dll): biasanya Karim ~ surat sebulan sekali; 2. = mengirimkan menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, mengutus: Amerika sedia ~ rombongan pakar itu bila-bila masa sahaja; 3. Jk menyerahkan (meng­amanatkan, menumpangkan) barang pd seseorang atau sesuatu tempat (utk disimpan, dijual, dll), menitipkan; mengirimi berkirim (mengirim, mengirim­kan) kpd: selalu dia ~ saya surat menceritakan keadaan dirinya; terkirim sudah dikirim (dikirimkan); kiriman 1. sesuatu yg dikirim, pemberian (yg dihantar, dikirim): ia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; terimalah pula limau manis ~ dr Semarang; ~ pos wang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos; 2. Jk sesuatu yg diamanatkan (diserahkan) utk disimpan (dijual dll), titipan; pengiriman perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengirim (menghantar): mereka membantah keras ~ tentera ke negeri tersebut; pemogokan pekerja-pekerja pelabuhan mengganggu ~ barang ke luar negeri; pengirim orang dll yg mengirim: surat ini untukmu tetapi nama ~nya tidak dinyatakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.rim] | کيريم

Definisi : ; berkirim sedang menyampaikan atau meminta supaya disampaikan sesuatu (kpd seseorang): ~ surat; ~ salam. mengirim 1 menyampaikan atau menghantar sesuatu melalui pos dll: Sudah lama dia tidak ~ surat kpd orang tuanya di kampung. 2 mengutus rombongan dll ke sesuatu tempat; menghantar: Malaysia akan ~ pasukan bola sepaknya ke pertandingan itu. mengirimi mengirim kpd: Ali ~ ayahnya sepucuk surat. kiriman sesuatu yg dikirim; pemberian yg dikirim. pengiriman perbuatan (usaha dll) mengirim: ~ bahan-bahan makanan ke kawasan yg dilanda kemarau; ~ sepasukan tentera ke perbatasan. pengirim orang dll yg mengirim sesuatu; penghantar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kirim (kata kerja)
Bersinonim dengan hantar, utus, pos, titip;,
Kata Terbitan : mengirimkan, kiriman, pengiriman, pengirim,

Puisi
 

Kalau abang pergi Kelantan,
     Kirim saya setangkai bunga;
Kalau abang rindu tak makan,
     Saya di sini tidur tak lena.


Lihat selanjutnya...(22)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PERKHIDMATAN KIRIM WANG33404/2017PERKHIDMATAN KIRIM WANG BNI MAJU ENTERPRISEMajlis Perbandaran SelayangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201706/14747Lulus03/06/201705/06/201708:32:58
Mandiri15115/2016Perniagaan Perkhidmatan Wang Berlesesn Pengiriman Wang SDN BHD = SDN. BHD. Kirim Wang ke Indonesia Hubungi : 019-261 9200Majlis Perbandaran Ampang JayaPerbankanTiadaDBP/KPB/201604/09286Lulus04/04/201604/04/201613:58:23
PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG BERLESEN23688/20151. PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG BERLESEN 2. PENGIRIMAN WANG 3. MANDIRI REMITTANCE 4. Dimiliki oleh: MANDIRI INTERNATIONAL REMITTANCE SDN. BHD. (850077P) 5. Kirim Wang ke Indonesia Hubungi: 019-261 9200Majlis Bandaraya Shah AlamPerbankanTiadaDBP/KPB/201506/07892Lulus12/06/201517/06/201507:47:46

Kembali ke atas