Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kitaran semula; sekitar 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; sekitaran keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; berkitar berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet; mengitar 1. = mengitar-ngitar berkisar(­kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar­ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar­-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah; 4. = mengitari mengelilingi, mengedari: ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yg dilapisi permaidani; memandu kereta ~ bandar; mengitari bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari; mengitarkan menjadikan berkitar, memu­tarkan, mengisarkan: ~ enjin; terkitar-kitar berputar-putar, berpusing­-pusing; kitaran gerakan berkitar, kisaran; ~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat per­senyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula; perkitaran peredaran, perkisaran, perpusingan; pengitaran pemutaran, pemusingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Mn; mengitarkan, memperkitar­kan menolakkan (menyorongkan) ke tepi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Tr berikhtiar, berusaha (utk mendapat sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali. berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi: Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. kitaran gerakan yg berputar atau berpusing. ~ hidup ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KITAR SEMULA35455/2015KITAR SEMULAMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201509/06657Lulus09/09/201510/09/201508:21:44
KITAR SEMULA29010/2015KITAR SEMULAMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/08648Lulus22/07/201528/07/201512:17:54
KITAR SEMULA18492/2015KITAR SEMULAMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201505/07097Lulus13/05/201519/05/201507:43:24
KITAR SEMULA31565/2015KITAR SEMULAMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/05974Lulus10/08/201513/08/201509:41:29
KITAR SEMULA23228/2015KITAR SEMULAMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/08244Lulus10/06/201519/06/201507:49:05
KITAR SEMULA14909/2015KITAR SEMULAMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/07797Lulus20/04/201522/04/201515:42:46
KITAR SEMULA9235/2015KITAR SEMULAMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/06814Lulus17/03/201518/03/201511:57:52
KEMPEN KITAR SEMULA28713/2016KEMPEN KITAR SEMULA DAPATKAN DISKAUN RM50 DENGAN MENUKAR CERMIN MATA LAMA KE CERMIN MATA BARUMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/11671Lulus13/06/201614/06/201608:06:42
KEMPEN KITAR SEMULA8997/2016KEMPEN KITAR SEMULA/RM50Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/08595Lulus29/02/201601/03/201608:27:11
BARANGAN KITAR SEMULA30451/2017BARANGAN KITAR SEMULA Botol Minuman, Surat Khabar dan Buku Lama.Majlis Bandaraya IpohHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/17810Lulus22/05/201722/05/201716:30:02
12345678

Kembali ke atas