Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ta] | کوتا

Definisi : 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg meling­kungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb, Mn orang yg tiada tentu asal­nya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu per­tahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, per­kataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, ber­bentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur­-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ta] | کوتا

Definisi : 1 tempat pertahanan yg dikelilingi tembok batu: Orang Portugis telah mendirikan sebuah ~ di Melaka. 2 tembok batu yg mengelilingi kubu pertahanan: Tinggi ~ Melaka ialah kira-kira sepuluh depa. 3 tempat orang berjual beli atau tempat berniaga; bandar: Banyak pemuda yg meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~. berkota 1 bertembok batu (bkn kubu). 2 mempunyai kota (bandar): Negeri yg ~ besar. mengota membina kota di keliling sesuatu. mengotai menjadi sbg kota pd. mengotakan 1 menggunakan sesuatu sbg benteng. 2 ki memenuhi atau menepati janji dll: Segala kata mestilah dikotakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kota

Puisi
 

Jauh sungguh kota seberang,
     Dekat lagi kota Cik Dayang;
Susah sungguh kasih seorang,
     Entahkan tidak kasih dan sayang.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Barang yang dikata,
     itulah kota.

Bermaksud :

Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Promosi 123 Bunting19370/2017DobiDoo Dobi Layan Diri / Self Service Laundry B22, Jalan Teknologi 3/9, Bistari De Kota, Kota Damansara. (Sebaris dengan Domino's Pizza) 24 JAM / HOURS Untuk Masa yang Terhad Sahaja! PROMOSI PROMOTION 1, 2, 3 Semua Mesin Basuh 10 kg – RM1 14Majlis Bandaraya Petaling JayaPakaianTiadaDBP/KPB/201704/14388Lulus05/04/201706/04/201708:13:12
ABT Kota Tinggi - Majlis Daerah Kota Tinggi32821/2016KEDAI MAKANAN SEJUK BEKUMajlis Daerah Kota TinggiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201607/09796Lulus12/07/201613/07/201608:12:33
Karnival JCorp 2015 Kota Tinggi29285/2015Karnival JCorp 2015 Kota Tinggi - BannerMajlis Daerah Kota TinggiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/08744Lulus24/07/201529/07/201509:08:13
ACARA PANDU UJI KOTA KINABALU39411/2016BILIK PAMERAN SDAC KOTA KINABALUDewan Bandaraya Kota KinabaluPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201608/09762Lulus11/08/201612/08/201610:52:56
Karnival JCorp 2015 Kota Tinggi29289/2015Karnival JCorp 2015 Kota Tinggi - Bunting 3Majlis Daerah Kota TinggiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/08748Lulus24/07/201529/07/201509:12:12
Karnival JCorp 2015 Kota Tinggi29287/2015Karnival JCorp 2015 Kota Tinggi - Bunting 2Majlis Daerah Kota TinggiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/08745Lulus24/07/201529/07/201509:09:48
Karnival JCorp 2015 Kota Tinggi29286/2015Karnival JCorp 2015 Kota Tinggi - Bunting 1Majlis Daerah Kota TinggiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/08747Lulus24/07/201529/07/201509:11:09
Maxis 4G LTE di Kota Kinabalu18130/2016Maxis 4G LTE di Kota KinabaluDewan Bandaraya Kota KinabaluTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201604/11317Lulus15/04/201618/04/201613:41:41
NUSB GLOBAL (M) Sdn Bhd-Cawangan Kota Tinggi7713/2016Pusat Dialisis NUSB Global (M) Sdn. Bhd. Cawangan Kota Tinggi: No 20 dan 22, Jalan SS/1, Taman Sri Saujana, 81900, Kota Tinggi, Johor Tel.: 07-8830811 No. Syarikat 1157721-TMajlis Daerah Kota TinggiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/08815Lulus23/02/201623/02/201616:00:44
AEON Kota Bharu Billboard12523/2016AEON MALL KOTA BHARU AEON MALL Ke-26 di Malaysia Kami Bawakan kepada Anda: DIBUKA 28 APRIL 2016 KINI DIBUKAMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/11596Lulus21/03/201622/03/201608:18:24
12345678910...

Kembali ke atas