Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus; (menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb peri­hal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pem­bawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pang­katnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb meng­aniaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan; kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki; berkucing-kucing 1. sj permainan kanak­-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing I

Puisi
 

Ambil limau di tepi beting,
     Beting ada di kebun limau;
Kalau rimau gurunya kucing,
     Kenapa kucing takutkan rimau?


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak.

Bermaksud :

Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan. (Bandingkan dengan: Seperti kucing keguguran anak).

 

Lihat selanjutnya...(45)

68

Never buy a pig in a poke

Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.

Membeli kucing dalam karung

"Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig

"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEJABAT URUSAN3421/2015PEJABAT URUSAN DEWI PETSHOP *Makanan Kucing *Pasir Kucing *Sangkar Kucing *Aksesori dan kelengkapan Kucing *Tempat Penjagaan Kucing facebook: dewipetshop phone: 03-77730450 / 018-2701232 web: dewipetshop.com.my Dimiliki oleh: Dewi PetshoMajlis Bandaraya Petaling JayaHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201501/07214Lulus30/01/201530/01/201516:20:39
KEDAI MAKANAN DAN AKSESORI KUCING20705/2015LEONARDO DEWI PET SHOP |Makanan Kucing|Pasir Kucing|Aksesori dan kelengkapan Kucing|Sangkar Kucing facebook: Dewi petshop Phone: 018-2701232 / 012-3924626 Dimiliki oleh : Dewi Petshop Enterprise (002058689-X)Majlis Perbandaran KajangHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201505/08814Lulus26/05/201529/05/201515:10:24
KEDAI MAKANAN DAN AKSESORI KUCING31079/2015ROYAL CANIN DEWI PET SHOP |Makanan Kucing|Pasir Kucing|Aksesori dan Kelengkapan Kucing|Sangkar Kucing facebook: Dewi petshop Phone: 018-2701232 / 012-3924626 Dimiliki oleh : Dewi Petshop Enterprise (002058689-X)Majlis Bandaraya Petaling JayaHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201508/05552Lulus08/08/201510/08/201508:46:45
Catpaws House29531/2017Kedai Haiwan Peliharaan No. A44 d'Streetmall Fb: CatpawsHouseOnline Insta : catpawshouse No. Pendaftaran: NS0176329-D Penjagaan Kucing Kecantikan Kucing Makanan Kucing Aksesori KucingMajlis Perbandaran NilaiHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201705/17408Lulus18/05/201718/05/201712:01:33
KEDAI MAKANAN DAN AKSESORI KUCING19926/2015ROYAL CANIN DEWI PET SHOP |Makanan Kucing|Pasir Kucing|Aksesori dan kelengkapan Kucing|Sangkar Kucing facebook: Dewi petshop Phone: 017-6172084 Dimiliki oleh : Dewi Petshop Enterprise (002058689-X)Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/08290Lulus26/05/201526/05/201514:20:31
iklan papan tanda44011/2015BRIT CARE DEWI PET SHOP |Makanan Kucing|Pasir Kucing|Aksesori dan Kelengkapan Kucing|Sangkar Kucing facebook: Dewi petshop Phone: 018-2701232 / 012-3924626 Dimiliki oleh : Dewi Petshop Enterprise (002058689-X)Dewan Bandaraya Kuala LumpurHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201511/06197Lulus02/11/201504/11/201508:08:21
THE BLACK PAWS53171/2016KEDAI BARANGAN DAN PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN THE BLACK PAWS (LOGO) PENJAGAAN KUCING PUSAT PENJAGAAN KUCING MAKANAN KUCING AKSESORI KUCING 03-5513 3717 Dimiliki oleh: THE BLACK PAWS (SA0372172-X)Majlis Bandaraya Shah AlamHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201610/15323Lulus31/10/201631/10/201609:13:10
THE BLACK PAWS25886/2017KEDAI BARANGAN DAN PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN THE BLACK PAWS (LOGO) PENJAGAAN KUCING MAKANAN KUCING AKSESORI KUCING 03-5513 3717 No. 9, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 1Majlis Bandaraya Shah AlamHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201705/14339Lulus03/05/201704/05/201709:31:29
KEDAI KUCING PERLIHARAAN14931/2015KEDAI PERLIHARAAN KUCING KATNISS CATTERY CERTIFIED CAT BREEDER DIMILIKI OLEH KATNISS BENGAL(CA0219756-K) CAT GROOMING - PERAPIAN KUCING CAT ACCESSORY - AKSESORI KUCING CAT FOOD - MAKANAN KUCING CAT BOARDING - PENGINAPAN KUCING CAT SUPPLEMENT - MAKMajlis Perbandaran KuantanHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201504/07860Lulus21/04/201523/04/201509:28:38
PAPAN IKLAN8356/2017KEDAI HAIWAN PELIHARAAN Perapian Kucing Penjagaan Kucing CAT MART (LOGO) DIMILIKI OLEH: CAT MART (002578778-W)Majlis Bandaraya Shah AlamHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201702/12866Lulus20/02/201721/02/201709:43:03
1234567

Kembali ke atas