Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da] | کودا

Definisi : 1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuat­an utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur­-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditung­gang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpe­nunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menye­rupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pem­belengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak­-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. mem­buat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (meme­lihara) kuda; 2. kandang kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da] | کودا

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), kedondong, Lannea grandis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da] | کودا

Definisi : 1 beberapa jenis binatang besar berkaki empat yg tangkas berlari (dan biasanya digunakan sbg tunggangan), Equus caballus. 2 = daya (kuasa) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (tenaga yg diperlukan utk mengangkat sesuatu seberat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat). ~ belang kuda yg badannya berbelang-belang, Equus burchell. ~(-~) laut binatang laut yg kepalanya menyerupai kepala kuda, Hippocampus hudsonius. ~ lumba kuda yg dipelihara khas utk diadu berlari. ~ padi kuda yg kecil. ~ tezi kuda yg pantas berlari. kuda-kuda, kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. kuda-kudaan kuda tiruan (dibuat drpd kayu dll). berkuda menggunakan kuda; menunggang kuda: pasukan ~. memperkuda 1 melakukan spt kuda. 2 memperlakukan sekehendak hati; membodoh-bodohkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda

Puisi
 

Laksamana naik kuda,
     Kuda datang dari Acheh;
Bukan senang bermain muda,
     Nak ada ilmu yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuda itu kuda juga,
     keldai itu keldai juga.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PENJUAL KERETA33054/2017PENJUAL KERETA CTN AUTO LOT 3, JALAN KUDA EMAS, KELAB LUMBA KUDA SELANGOR, SUNGAI BESI, 57000 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: CTN AUTO SDN. BHD. (1040086-M)Dewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201705/19837Lulus30/05/201731/05/201708:27:30
PENJUAL KERETA12235/2017PENJUAL KERETA Rodaindah Trading LOT PT 2872, LOT 13A, KELAB LUMBA KUDA SELANGOR, JALAN KUDA EMAS, 57100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: RODAINDAH TRADING (SA0329628-X)Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/14432Lulus06/03/201707/03/201710:00:11
Akademi Seni Beladiri Kuda Merah Selatan43422/2016Akademi Seni Beladiri Kuda Merah SelatanMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/09109Lulus01/09/201602/09/201608:46:08
FORD KUDA JURU39404/2016FORD KUGA REBATMajlis Perbandaran Seberang PeraiPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201608/09925Lulus12/08/201615/08/201609:04:44
AgroHarta-Kuda Merah20969/2014-Membebaskan NutrisiMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/03624Lulus09/09/201410/09/201412:34:27
AgroHarta-Kuda Merah18859/2014-MERANGSANG KECEMERLANGAN PERTANIAN.Majlis Daerah BentongHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201408/04190Lulus25/08/201425/08/201416:01:34
Vetplus Sdn Bhd61396/2016PENJUAL MAKANAN KUDA VETPLUS SDN. BHD.Majlis Perbandaran Subang JayaHaiwan PeliharaanTiadaDBP/KPB/201612/11120Lulus06/12/201607/12/201608:35:41
ioi properties banner 4x2021249/2016zoo mini, menunggang kuda kerdil, kugiran secara langsung,acara memanahMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/09175Lulus03/05/201604/05/201609:33:38
ioi properties billboard 20'x50'21250/2016zoo mini, menunggang kuda kerdil, kugiran secara langsung,acara memanahMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/09176Lulus03/05/201604/05/201609:34:11
karnival gempak usahawan iks8459/2014tarian zapin, silat gayung, kuda kepang, jualan amal kanak-kanak, pameran kereta (JDT)Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201404/04648Lulus28/04/201428/04/201416:19:53
123

Kembali ke atas