Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahan­kan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahan­an, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (mene­guhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : ; padi ~ padi yg masak sangat (di pokok). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : 1 tidak mudah roboh atau tidak mudah rosak (bkn bangunan, kereta dll); kuat dan teguh buatannya: Semasa memerintah Melaka, Portugis membangunkan sebuah kota batu yg ~ tempat askarnya berkubu. 2 ki tidak berubah (imannya, pendiriannya dll): Dia masih ~ dgn pendiriannya, tidak mahu bertolak ansur. mengukuh menjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~. mengukuhkan menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. memperkukuh menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. kekukuhan sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. pengukuhan perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. pengukuh alat atau sesuatu yg mengukuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,

Puisi
 

Kusangka kapal di tengah laut,
     Rupanya terlanggar karang yang ganas;
Kusangka kukuh embun di rumput,
     Rupanya hilang ditimpa panas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak usah hinggut,
     tiada tercabut.

Bermaksud :

Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PANGSAPURI SAUJANA KUKUH5316/2016KUAT, TEGAP DAN TAHANMajlis Perbandaran KajangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201602/08720Lulus23/02/201623/02/201609:02:12
PUSAT PERKEMBANGAN MINDA KUKUH8285/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201404/04500Lulus25/04/201425/04/201415:52:13
PEMBEKAL BARANGAN AKSESORI PERABOT DAN KAYU KUKUH58127/2016TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/13401Lulus18/11/201621/11/201609:13:19
MARI KITA MERAIKAN! 30 TAHUN DAN MASIH KUKUH1375/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201502/05234Lulus31/10/201410/02/201517:18:05
PINTU KESELAMATAN12901/2017pintu keselamatan yang kukuh, tahan lasak dan antikecurianTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/14930Lulus08/03/201709/03/201708:40:34
PINTU KESELAMATAN12891/2017pintu keselamatan yang kukuh ,tahan lasak dan antikecurianTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/15082Lulus08/03/201709/03/201711:04:41
T&T HARDWARE MARKETING12583/2016KESELAMATAN TAHAN LASAK KUKUH DAN KUATPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/11282Lulus17/03/201618/03/201611:21:14
PUSAT SERVIS KENDERAAN10571/2016PUSAT SERVIS KENDERAAN RSD DYNAMIC ENTERPRISE (SA0222883-H) NO. 12, JALAN KUKUH 25/42, TAMAN SRI MUDA,SEKSYEN 25, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR. TEL./FAKS: 03-5887 5007Majlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201603/09795Lulus08/03/201609/03/201610:58:17
PUSAT SERVIS KENDERAAN10325/2016PUSAT SERVIS KENDERAAN RSD DYNAMIC ENTERPRISE SA0222883-H NO. 12, JALAN KUKUH 25/42, TAMAN SRI MUDA, SEKSYEN 25, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR. TEL. / FAKS : 03 5887 5007Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/09659Lulus08/03/201608/03/201615:21:06
Timie Cakes : Baking Studio and Cake Artistry45238/2016Pemilihan nama adalah kerana ianya lebih mudah difahami dan mudah untuk tujuan promosi dan pemasaran secara online yang mana kebanyakkan pelanggan adalah daripada bangsa lain. Ingin menwujudkan jenama yang kukuh di peringkat antarabangsa seperti di SingapMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/10408Lulus13/09/201614/09/201608:07:22

Kembali ke atas