Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kum.pul] | کومڤول

Definisi : ; sekumpul selonggok; berkumpul 1. berdekatan rapat-rapat men­jadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), ber­kampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; mengumpulkan 1. menjadikan atau mem­buat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengam­pungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit­-dikit hingga menjadi (agak) banyak; terkumpul terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok): hasil drpd pungutan derma itu banyak wang sudah ~; air hujan yg ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dlm tanah; kumpulan 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecende­rungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mem­punyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikum­pulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhim­pun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya ber­kaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melan­carkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); perkumpulan gabungan, kesatuan atau persatuan: dia menjadi pengerusi dlm persidangan ~ buruh kasar; pengumpulan perihal atau perbuatan me­ngumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara; pengumpul tempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kum.pul] | کومڤول

Definisi : ; berkumpul berada di sesuatu tempat beramai-ramai atau dgn banyaknya; berhimpun; berkelompok: Murid-murid ~ di dewan sekolah. mengumpulkan 1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta. terkumpul sudah dikumpulkan; terhimpun; terlonggok: Setelah ~ semuanya, telur penyu itu pun dibawa orang ke pasar. kumpulan 1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang. berkumpulan dlm sesuatu kumpulan; berkelompok: Mereka menjalankan kerja itu secara ~. perkumpulan persatuan yg terdiri drpd anggota sesuatu kumpulan orang; pergabungan:Dia menjadi pengerusi ~ wanita di kampungnya. pengumpulan perbuatan (hal, cara) mengumpulkan; penghimpunan: Koleksi itu adalah hasil ~ beliau sejak 20 tahun yg lalu. pengumpul orang yg mengumpulkan sesuatu: ~ setem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
CEPAT! KUMPUL SEMUA SEMENTARA STOK MASIH ADA44796/2015CEPAT! KUMPUL SEMUA SEMENTARA STOK MASIH ADAMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/06791Lulus05/11/201506/11/201510:01:12
AEON BIG52186/2016AEON BIG LOGO SET GELAS DWILAPISAN BUATAN TANGAN BERKUALITI TINGGI KUMPUL (5) PELEKAT DAN DAPATKAN (1) DARIPADA 5 GELAS DWI LAPISAN *PELEKAT TAMBAHAN UNTUK JENAMA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN KUMPUL PELEKAT: 4 Nov. 2016 - 5. Feb 2017 PENEBUSAN GELAS:Perbadanan PutrajayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/14788Lulus26/10/201627/10/201608:08:04
AEON BIG52185/2016AEON BIG LOGO SET GELAS DWILAPISAN BUATAN TANGAN BERKUALITI TINGGI KUMPUL (5) PELEKAT DAN DAPATKAN (1) DARIPADA 5 GELAS DWI LAPISAN *PELEKAT TAMBAHAN UNTUK JENAMA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN KUMPUL PELEKAT: 4 Nov. 2016 - 5. Feb 2017 PENEBUSAN GELAS:Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/14787Lulus26/10/201627/10/201608:07:30
AEON BIG52183/2016AEON BIG LOGO SET GELAS DWILAPISAN BUATAN TANGAN BERKUALITI TINGGI KUMPUL (5) PELEKAT DAN DAPATKAN (1) DARIPADA 5 GELAS DWI LAPISAN *PELEKAT TAMBAHAN UNTUK JENAMA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN KUMPUL PELEKAT: 4 Nov. 2016 - 5. Feb 2017 PENEBUSAN GELAS:Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/14786Lulus26/10/201627/10/201608:06:43
AEON BIG52178/2016AEON BIG LOGO SET GELAS DWILAPISAN BUATAN TANGAN BERKUALITI TINGGI KUMPUL (5) PELEKAT DAN DAPATKAN (1) DARIPADA 5 GELAS DWI LAPISAN *PELEKAT TAMBAHAN UNTUK JENAMA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN KUMPUL PELEKAT: 4 Nov. 2016 - 5. Feb 2017 PENEBUSAN GELAS:Dewan Bandaraya Kuala LumpurPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201610/14785Lulus26/10/201627/10/201608:05:28
kumpul mata ganjaran untuk menebus hadiah14613/2017TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/17261Lulus20/03/201720/03/201712:03:33
Caltex7473/2015- Kumpul dan tebus mata ganjaran di lebih 2800 peruncit BCARD! - Daftar di stesen Caltex sekarang! -Nikmatilah PerjalannmuMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05407Lulus05/03/201506/03/201515:41:15
PEPSI Chinese New Year1127/2017Kumpul Kesemua 8 Tin PEPSIMOJIMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/12000Lulus06/01/201709/01/201712:11:09
Caltex_JCard EduCampaign28617/2014Kumpul dan tebus mata ganjaranMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/05254Lulus19/11/201421/11/201408:53:35
Air Asia Big13765/2014Kumpul lebih mata ganjaran WCT Air Asia Big di Paradigm Mall & terbang percuma.Majlis Bandaraya Petaling JayaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201406/05715Lulus26/06/201426/06/201413:40:46
12

Kembali ke atas