Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.da] | لادا

Definisi : 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.da] | لادا

Definisi : berbagai-bagai jenis herba atau buahnya (buahnya pedas dan selalu diguna-kan dlm masakan). ~ api (kecil) lada yg kecil buahnya tetapi berasa sangat pedas, Capsicum frutescens. ~ besar lada yg besar buahnya dan tidak berapa pedas, Capsicum annum. ~ hitam lada yg buahnya bulat dan hitam warnanya, Piper nigrum. ~ kering lada besar masak yg telah dikeringkan. ~ sulah lada berwarna putih, Piper refrofracfum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lada
Rujuk :cili

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(14)

75

If the shoe fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan)

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam53612/2016Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam Kambing Perap Sejuk Beku No.1 di Lembah Klang Tanpa Bau Hamis 100% Bumiputera Promosi Percuma 1 dengan setiap pembelian 3 kotak Terhad untuk 500 orang pertama 013-201 5571 *Tertakluk pada terPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/15342Lulus28/10/201631/10/201609:37:33
Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam52806/2016Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam Kambing Perap Sejuk Beku No.1 di Lembah Klang Tanpa Bau Hamis Promosi Percuma 1 dengan setiap pembelian 3 kotak Sah hingga 30 November 2016 012-3130551 100% Bumiputera Tertakluk pada terma daPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/14452Lulus25/10/201625/10/201614:04:52
Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam52726/2016Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam Kambing Perap Sejuk Beku No.1 di Lembah Klang Tanpa Bau Hamis Promosi Percuma 1 dengan setiap pembelian 3 kotak Sah hingga 30 November 2016 012-3130551 Tertakluk pada terma dan syarat NyahfroPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/14720Lulus25/10/201626/10/201614:41:28
bunting16238/2014Bunting Lada KeringMajlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201407/05275Lulus16/07/201417/07/201414:02:18
RESTORAN MAKANAN BARAT46509/2016RESTORAN MAKANAN BARAT MR STEAK HOUSE Stik Lada Hitam Cop Ayam Cop Kambing Ikan dan Kentang Goreng Dan Lain-lainMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201609/12030Lulus26/09/201627/09/201611:52:56
Wahid-Bunting2x652891/2016-Wahid Perabot -Berdekatan Lampu Isyarat Batu 4 -RM780 -RM180 -RM470 -No. 1 ,Jalan Lada Hitam, Taman Sri Tengah Kluang. -017-7451630Majlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/14931Lulus26/10/201627/10/201616:54:39
KILANG MEMBUAT RAMUAN MAKANAN24475/2014KILANG MEMBUAT RAMUAN MAKANAN SANAE FOOD SDN BHD(951143-W) 12 DAN 14,JALAN LADA SULAH 16/11,SEKSYEN 16,40200 SHAH ALAM,SELANGOR.Majlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201410/04930Lulus13/10/201414/10/201409:46:05
BANNER UNTUK RESTORAN KOREA7818/2015- BULGOGI KEPAKARAN KAMI - RESEPI KAMI - Kepingan daging (australia) - kicap - Disiarkan di -gula -bawang putih -halia -minyak bijan -lada hitam -bawang besar -daun bawang -cendawan (enoki mushroom) -sajian sihat bulgogiMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201503/05643Lulus09/03/201510/03/201509:45:39
JAWATAN KOSONG 20172526/2017PS FOOD & BEVERAGE JAWATAN KOSONG 2017 EKSEKUTIF JUALAN PROMOTER PERLUKAN KERJA? PS FOOD & BEVERAGE SDN.BHD. (1051089-X) Lot 29,Jalan Lada Hitam 16/12, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA. info@origina2u.com www.origina2TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/13054Lulus13/01/201716/01/201708:51:20

Kembali ke atas