Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gu] | لاݢو

Definisi : 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjuk­kan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang­ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menya­nyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.gu] | لاݢو

Definisi : 1 bunyi suara yg berirama apabila membaca (bernyanyi, bercakap dll): Dlm pertandingan membaca al-Quran, ~ dan tajwid membawa markah yg banyak. 2 nyanyian; nyanyi: ~-~ asli. 3 ragam (corak) muzik atau nyanyian: ~ keroncong digemari oleh segolongan masyarakat Melayu. ~ tema lagu yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb. berlagu 1 berirama; selaku bernyanyi: Suaranya ~. 2 bernyanyi. melagukan menyampaikan lagu; menyanyikan; membaca (sajak, al-Quran dll) dgn berlagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagu (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,

2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,

Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu,

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MAJLIS PELANCARAN RASMI LAGU DAN WEB RASMI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA122/2017MAJLIS PELANCARAN LAGU & WEB RASMI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA 7 JANUARI 2017 4.00 PETANG ATRIA WARISAN KOMPLEKS PKNS SHAH ALAMMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/11287Lulus03/01/201704/01/201709:20:29
TNB 462746/2016"Enjit-Enjit semut siapa sakit naik atas", "Lagu tiga Kupang Saku Penuh Padi" & "Nenek-nenek si bongkok tiga" merupakan lirik lagu kanak2.TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12140Lulus14/12/201615/12/201611:28:00
LAGU CINTA8215/2017Hadiah untuk dimenangi, Tarikh, Orang untuk dihubungi dan termasuk terma dan syarat.Majlis Bandaraya Johor BahruHiburanTiadaDBP/KPB/201702/12445Lulus17/02/201720/02/201708:26:51
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU CINA KANAK-KANAK443/2016TiadaTiadaTiadaTiadaDBP/KPB/201609/12133Lulus13/06/201627/09/201617:47:05
FEI CHANG PRODUCTION3746/2015Pertandingan Nyanyian Lagu Tahun Baru Cina 2015Majlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201502/04455Lulus04/02/201504/02/201514:28:10
PAPAN IKLAN LUARAN NEWAY 34778/2016APLIKASI PILIHAN LAGU YANG TERBAIK HANYA DI NEWAYMajlis Bandaraya Petaling JayaTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201602/06638Lulus29/01/201602/02/201608:05:21
BLACK KNIGHT STUDIO ENTERTAINMENT25122/2015"Black Knight" adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Deep Purple yang saya minati dari zaman remaja dan menjadi inspirasi dalam perniagaan sayaMajlis Daerah Kuala SelangorHiburanTiadaDBP/KPB/201506/08980Lulus23/06/201525/06/201510:59:39
BLACK KNIGHT STUDIO ENTERTAINMENT23209/2015"Black Knight" adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Deep Purple yang saya minati dari zaman remaja dan menjadi inspirasi dalam perniagaan saya.Majlis Daerah Kuala SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/08870Lulus23/06/201524/06/201515:53:50
LET IT BE (amended)29941/2016*Muzikal Beatles yang terbaik *Menghimpunkan lebih daripada 40 buah lagu terhebat kumpulan Beatles. *Raikan muzik The Beatles Let It BeDewan Bandaraya Kuala LumpurHiburanTiadaDBP/KPB/201606/12398Lulus16/06/201617/06/201610:40:44
JMC ADIEDZ ENTERPRISE44537/2016STUDIO DAN BUTIK JMC ADIEDZ ENTERPRISE - SISTEM BUNYI DAN LAMPU - PERSEMBAHAN PENTAS - SISTEM KARAOKE - SEWAAN DAN PEMASANGAN - GUBAHAN LAGU DAN MUZIK - RAKAMAN VIDEO DAN GAMBAR - ARTIS - PAKAIAN WANITA - TUDUNG - BAJU KURUNG - KERONGSANG - BMajlis Perbandaran Sungai PetaniButikTiadaDBP/KPB/201609/10248Lulus11/09/201613/09/201608:34:41
12

Kembali ke atas