Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.hir] | لاهير

Definisi : 1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak­-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memung­kinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahir­kan: ~ golongan-golongan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.hir] | لاهير

Definisi : 1 yg nampak di luar; yg nyata kelihatan; lw batin: Pd ~nya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yg tahu. 2 keluar dr kandungan ibu: hari ~ hari ketika seseorang diperanakkan. 3 muncul; datang (ttg fahaman dsb); terbit (ttg majalah dsb): Apabila ~ agama Islam, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dlm masyarakat jahiliah. melahirkan 1 mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll): Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2 mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin: Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3 mengadakan; mewujudkan: Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya. kelahiran perihal lahir atau dilahirkan: ~ putera itu diiringi oleh kejadian-kejadian yg ganjil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lahir
1. Bersinonim dengan lahiriah
( luaran, nyata, maujud, jasmaniah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terbit
( jadi, keluar, muncul, hidup, terpancar, menjelma, timbul, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : melahirkan, kelahiran, lahiriah,

Puisi
 

Jolok nangka di kampung hilir,
     Berselang kain ke pasar lama;
Jangan disangka pada yang lahir,
     Namun batin tak pernah sama.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
diskaun 20%1267/20161) Diskaun 20% kek hari lahir kepada anda yang sambut hari lahir pada hari ini. 2) Hanya tunjukkan kad pengenalan. 3) Tertakluk pada terma dan syarat.Majlis Perbandaran KulimKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201601/08944Lulus14/01/201615/01/201608:01:36
perkhidmatan kami25235/2017perkhidmatan kami : PRODUK PERKAHWINAN AKIKAH HARI LAHIR KENDERAAN POSTER GAMBAR KELAB GAMBAR UKURAN : PASPORT VISA UMRAH LESEN KAD NAMA, KOTAK, BANER, BUKU RESIT, FOTOGRAFI, STUDIOMajlis Perbandaran SerembanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/13741Lulus29/04/201702/05/201710:19:37
KEDAI ROTI DAN BAKERI14383/2016KEDAI ROTI DAN BAKERI HATI YANG BERSIH LAHIR DARIPADA MAKANAN YANG SUCI DAN BERKATMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201603/12847Lulus30/03/201631/03/201607:54:59
KAD KAWAN MUAR23486/20145 DALAM 1 MATA GANJARAN HADIAH DISKAUN HARI LAHIR HARGA ISTIMEWA BAUCAR TUNAIMajlis Perbandaran MuarPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201410/04294Lulus02/10/201408/10/201410:06:54
KAD KAWAN BP23485/20145 DALAM 1 MATA GANJARAN HADIAH DISKAUN HARI LAHIR HARGA ISTIMEWA BAUCAR TUNAIMajlis Perbandaran Batu PahatPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201410/04293Lulus02/10/201408/10/201410:06:24
CAFE AKI 4724279/2016Kami sebulat suara memilih nama AKI 47 kerana "aki" itu adalah panggilan cucu kepada atuk lelaki, manakala 47 itu merupakan tarikh lahir kepada nenek mereka.Majlis Daerah Kuala SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201605/11636Lulus18/05/201619/05/201611:52:14

Kembali ke atas