Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.car] | لنچر

Definisi : terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih; selancar, berselancar 1. bermain lancang­-lancang; 2. meluncur di atas air (dgn papan dll); melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu; 2. menghafaz, selalu meng­ulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah; melancarkan 1. memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicin­kan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb per­gerakan yg terlalu cepat; memperlancar membuat supaya lebih lancar; memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg kejang utk ~ oksigen; terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir; kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): kon­frontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri; pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : ; lancaran sl sj perahu yg laju: pd ketika itu kelengkapan Suir dua puluh ~ bertiang tiga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : ; pelancar 1. = pelancaran ark pelantar, pelantaran; 2. kayu palang (baluk) yg menghubungkan dua tiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : 1 fasih dan hafaz benar (bkn pertuturan atau bacaan): Dia membaca buku dgn ~ sekali. 2 tidak tersangkut-sangkut (bkn pergerakan dll); cepat dan licin. melancar 1 bergerak atau berjalan dgn lancar; maju dgn cepat: Keretanya ~ dgn kencangnya. 2 mengulang pelajaran supaya mahir; menghafaz: Kamu hendaklah ~ pelajaranmu di rumah. melancarkan 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. kelancaran 1 sifat atau hal lancar; kefasihan atau kecepatan (berkata-kata, membuat sesuatu dll). 2 keadaan lancar; kelicinan mengusahakan atau membuat sesuatu. pelancaran perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan dll): ~ “Sputnik” dan “Explorer” telah disusuli oleh beberapa jenis bulan rekaan lagi. pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket, peluru supaya objek tsb bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. selancar 1 permainan melayangkan anak-anak batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat). 2 permainan meluncur di atas permukaan air dgn berdiri dsb di atas papan. berselancar 1 bermain lancang-lancang. 2 bermain meluncur di atas air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,

Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Cemerlang Industrial Part @ Saleng26607/2014Hak Milik Kekal Kilang Kluster Luas tanah : 6043 - 6300 kps. Luas binaan : 5899 kps. Pemaju: Cemerlang Lancar Sdn Bhd 019 - 732 1188 cemerlang.lancar@gmail.comMajlis Daerah KulaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201411/03611Lulus01/11/201404/11/201407:49:12
Lancar Harta11098/2017TiadaMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/14003Lulus03/03/201706/03/201708:35:51
lancar carta19962/2016TiadaMajlis Perbandaran MuarPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/13235Lulus28/04/201629/04/201610:56:37
Disambung Dengan Lancar20222/2014Spine-Walk Bertingkat 2 Skylight Laluan Hijau Jambatan PenyambungMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/03488Lulus08/09/201408/09/201415:20:14
Pusat Tuisyen Pintar Lancar51415/2015Pusat Tuisyen SmartySun Edu CentreMajlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201512/08650Lulus16/12/201517/12/201510:36:47
ACER28948/2016prestasi unggul, pengguna lancarMajlis Bandaraya Melaka BersejarahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/11602Lulus10/06/201613/06/201610:21:28
Pusat Tuisyen Kembang41411/2015Saya berharap perniagaan ini dapat berkembang dengan lancar.Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201510/08860Lulus18/10/201519/10/201509:12:23
Iklan untuk Tayar & Rim 234667/2016Mohon sekarang dengan MyKad Perjalanan yang lebih lancar. Dapatkan tayar dan rim baru sekarang hanya dalam 60 minit.TiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10950Lulus20/07/201620/07/201611:42:42
Promosi digi 4G LTE (5)19400/2015TERBAIK UNTUK INTERNET KINI DENGAN 4G LTE ALAMI PERBUALAN VIDEO 5X LEBIH LANCARDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201505/07180Lulus19/05/201519/05/201512:15:04
KEDAI MOTOSIKAL SIN CHAN HIN MOTOR2774/2014Nama ini dipilih supaya perniagaan ini berjalan dengan lancar dan menjadi semakin baik.Majlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201402/03531Lulus17/02/201418/02/201409:23:00
12

Kembali ke atas