Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : lengkung yg tampaknya biru dan meling­kungi bumi: tujuh petala ~; berasa dlm ~ yg ketujuh senang sekali; ~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kpd kehinaan; ~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb kesalahan orang lain, walau­pun kecil, tampak tetapi kesalahan sendiri, tidak; ~ menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan diri drpd perintah orang yg berkuasa (raja); ~ runtuh bumilah terban = ~ runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang hidup; di mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung prb hendaklah menurut adat dan resam tempat yg kita diami; disangkakan ~ itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang; kalau ~ hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar; melangit 1. menghala (terbang, naik) ke langit; 2. tinggi sekali, melambung tinggi: tidaklah elok kalau terus-menerus orang itu dipuji ~; congkaknya ~ sombong sekali; ~ biru; a) terbang (pergi) ke langit biru; b) ber­warna spt warna langit biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : ruang (tempat letaknya bintang dll) yg kelihatan berwarna biru dan melingkungi bumi: Pd malam hari, kelihatan beribu-ribu bintang di ~. langit-langit, lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. melangit membumbung tinggi; tinggi sekali: Cakapnya ~ tetapi semuanya bohong. Bangunan itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Langit57847/2016Kedai Dobi Layan Diri, Cloud Laundry, Self-service Laundry, 24 jam, 365 hariMajlis Daerah Kuala SelangorPakaianTiadaDBP/KPB/201611/13493Lulus17/11/201621/11/201612:16:05
TADIKA LANGIT CEMERLANG6463/2017TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201703/13748Lulus02/03/201703/03/201709:05:40
TADIKA LANGIT TEBRAU / CEMERLANG BANNER49323/2016TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201610/12010Lulus10/10/201611/10/201608:56:37
SUTERA LANGIT18462/2016TAMAN SUTERA KAJANG DIBUKA UNTUK PENDAFTARANDewan Bandaraya Kuala LumpurPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/11719Lulus19/04/201620/04/201607:49:48
Sutera Langit - Taman Sutera, Kajang30666/2014-Dibuka untuk pendaftaran.Majlis Perbandaran KajangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201412/05051Lulus17/12/201417/12/201415:07:10
PEJABAT URUSAN PERNIAGAAN LANGIT BARU SKY WORLD SOLUTION11203/2017NAMA SYARIKATMajlis Perbandaran SerembanPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201703/13516Lulus01/03/201702/03/201709:05:27
Pengantinku Jatuh Dari Langit4334/2017TiadaTiadaHiburanTiadaDBP/KPB/201701/14559Lulus24/01/201725/01/201708:46:43
Papan Iklan Restora Langit Biru21192/2016TiadaTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201605/08942Lulus03/05/201603/05/201609:35:37
TYZO Buah Tunjuk Langit2300/2014TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201402/03162Lulus10/02/201411/02/201409:30:00
TYZO Buah Tunjuk Langit170/2014TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201401/02503Lulus03/01/201406/01/201410:42:34
12

Kembali ke atas