Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang): pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dgn ~ yg berat; 2. jarak di antara dua belah kaki ketika ber­jalan: ada kira-kira lima ~ ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; 3. cara mengerjakan sesuatu, sesuatu yg dikerjakan, perbuatan: sejak tadi lagi kuketahui dan kuawasi ~nya; 4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dll); ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk); ~ bendul a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin; ~ gelombang dua belas nama gerak dlm pencak silat; ~ kanan mujur; ~ kiri sial (tidak beruntung); ~ surut undur (langkah ke belakang); mengangkat (membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dll); melangkah, berlangkah 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilang­kahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menem­puh: ~ lautan; melangkahi 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2. melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi: per­buatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi; ~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg sudah bersuami); melangkahkan 1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki kerana berjalan: dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota Melaka; 2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dll); langkahan hasil perbuatan melangkah: harimau itu berhenti drpd meneruskan ~ kakinya; kelangkahan 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui; pelangkahan 1. perihal melangkah (me­langkahi, melangkahkan); 2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dll): menurut ilmu ~, ini alamat buruk; pd kali ini, barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai, bapanya sudah balik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1 gerakan kaki ketika berjalan: Mereka berjalan dgn ~ yg perlahan. 2 jarak antara dua belah kaki ketika berjalan: Dia berundur tiga ~. 3 apa-apa yg dikerjakan; tindakan; perbuatan: Pihak polis sentiasa mengawasi setiap ~ yg dilakukannya. ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk). ~ bendul ki hal adik berkahwin dahulu sebelum kakak (bkn adik-beradik perempuan). ~ kanan mujur. ~ kiri sial atau tidak beruntung. ~ seribu perbuatan melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut dll. melangkah 1 menggerakkan langkah: Dia berhati-hati ~ supaya tidak terpijak tanah yg becak. 2 memulakan perjalanan, pelayaran dll: Baru saja ia ~ dr rumah, hari pun hujan. melangkahi 1 melakukan sesuatu melebihi yg sepatutnya; melampaui: ~ batas. 2 tidak mematuhi peraturan, nasihat dsb; melanggar (perintah dsb): ~ kakak lebih dahulu berkahwin (ttg adik); ~ suami berlaku curang terhadap suami. melangkahkan 1 menggerakan (kaki) ke depan utk berjalan. 2 memulakan sesuatu perjalanan (pelayaran dsb) dgn upacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Peribahasa

Panjang langkah,
     singkat permintaan.

Bermaksud :

Telah sampai ajalnya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Skim Bayaran Mudah4404/2015Gambar barang dan langkah-langkah untuk membayarMajlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201502/04802Lulus03/02/201505/02/201515:42:48
Promosi Tahun Baru Cina dan Lazada885/2017PROMOSI TAHUN BARU CINA Tiada tiruan. Hanya yang Asli RM 50 KANTA MULTIFOKAL TERTALUK PADA TERMA AND SYARAT PERCUMA PEK ANGPAU DAN KAIN PENGELAP KANTA TAHUN BAHARU CINA Sertai Lazada CNY Jualan LANGKAH-LANGKAH PEMBELIAN: 1. Muat turun aplikasi LazaPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/11807Lulus05/01/201706/01/201715:24:25
Tadika Langkah wajar45765/2015Tadika Langkah WajarMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/07677Lulus12/11/201516/11/201511:07:27
LANGKAH PERTAMA13201/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201903/20727Lulus29/11/201602/03/201912:40:06
LANGKAH INDAH MAJU21634/2015SENANG DIINGAT.Majlis Perbandaran Batu PahatKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201506/06847Lulus30/05/201509/06/201509:35:39
AWASI LANGKAH ANDA42486/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/12017Lulus25/08/201626/08/201614:32:43
Beberapa langkah46581/2015TiadaTiadaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201511/08310Lulus17/11/201519/11/201511:33:35
3 KERETA BMW UNTUK DIMENANGI14917/2014Langkah Semudah 1, 2, 3 untuk berpeluang memenangi 3 kereta BMW dari 1 April hingga 30 September 2014.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201409/04075Lulus16/09/201416/09/201418:05:03
Perkhidmatan Melipat Kain Penghantaran55933/20164 LANGKAH MUDAH Atur Jadual Pengambilan Kami Ambil Pakaian Anda Kami Pulangkan Pakaian Berlipat Nikmati Masa Terluang ANDA PERKHIDMATAN MELIPAT KAIN PENGHANTARAN 019-4379924 RM 2.50/kg Foldy Grab SolutionsMajlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/12275Lulus11/11/201614/11/201611:48:20
tanda-tanda amaran25172/2014SILA AWASI LANGKAH ANDAMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/05504Lulus17/10/201420/10/201416:07:54
12

Kembali ke atas