Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh meno­long orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunang­an mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, ke­ramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah ber­nikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (per­jalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerja­kan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilak­sanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya se­suatu perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 terus dan tidak berantara; lantas: Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2 tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3 tepat dan tidak menyimpang: Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4 sedikit pun; sama sekali: Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya. berlangsung 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. melangsungkan 1 melaksanakan atau mengerjakan: Pak Ahmad akan ~ majlis perkahwinan anaknya pd hujung minggu ini. 2 meneruskan (bantahan, rayuan dll); memanjangkan. terlangsung terlanjur atau terdorong (bkn kata, motokar, perahu dll); terlajak; terlepas: Motokarnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Hendak menuju pergi Kemboja;
Jika sudah terkata langsung,
     Mahal dan murah ikut harga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Nak menangguk ikan,
     tertangguk ke batang.

Bermaksud :

Hendak laba, langsung jadi rugi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT JUALAN LANGSUNG16563/2017PUSAT JUALAN LANGSUNG DIMILIKI OLEH : FRANCAZURE SDN. BHD. 464438-HMajlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/17945Lulus21/03/201722/03/201716:30:32
JUALAN LANGSUNG UNILEVER NETWORK31727/2016PUSAT JUALAN LANGSUNG DIMILIKI OLEH: BEYONDE AVIANCE BEAUTY & HEALTH (KC0036045-D)Majlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/13791Lulus27/06/201628/06/201613:51:16
PEJABAT JUALAN LANGSUNG4452/2016PEJABAT JUALAN LANGSUNGMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201601/10740Lulus27/01/201628/01/201608:22:31
PEJABAT URUSAN JUALAN LANGSUNG16150/2017PEJABAT URUSAN JUALAN LANGSUNG DIMILIKI OLEH : FRANCAZURE SDN. BHD. 464438-HMajlis Bandaraya Johor BahruPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201703/17514Lulus20/03/201721/03/201708:50:45
KEDAI BARANGAN JUALAN LANGSUNG15450/2017KEDAI BARANGAN JUALAN LANGSUNGDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/17379Lulus17/03/201720/03/201716:07:41
KEDAI BARANGAN JUALAN LANGSUNG41042/2016KEDAI BARANGAN JUALAN LANGSUNGMajlis Bandaraya Petaling JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/11050Lulus18/08/201619/08/201611:44:21
KEDAI BARANGAN JUALAN LANGSUNG39164/2016KEDAI BARANGAN JUALAN LANGSUNGDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/09497Lulus10/08/201611/08/201614:10:20
PROMOSI HEBAT KILANG JUALAN LANGSUNG DAPUR KABINET ALMARI25256/2014PROMOSI HEBAT KILANG JUALAN LANGSUNG DAPUR KABINET ALMARI Hadiah Percuma Hubungi Kami: Yew 019-567 5560 Tan 016-292 6983 Heng 016-250 5235 Tertakluk terma dan syaratMajlis Perbandaran KlangPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201410/05607Lulus21/10/201421/10/201414:18:33
PROMOSI HEBAT KILANG JUALAN LANGSUNG KABINET DAPUR ALMARI25255/2014PROMOSI HEBAT KILANG JUALAN LANGSUNG KABINET DAPUR ALMARI Hadiah Percuma Hubungi Kami: Yew 019-567 5560 Tan 016-292 6983 Heng 016-250 5236 Tertakluk pada terma dan syaratMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/05614Lulus21/10/201421/10/201414:34:42
ARTIS TERHANGAT / SIARAN LANGSUNG / MAKANAN UNIK PERCUMA56971/2016ARTIS TERHANGAT MASUK PERCUMA MAKANAN PERCUMA MINUMAN PERCUMA PERMAINAN PERCUMA HADIAH MENARIK 26 NOV. 2016 SABTU DATARAN CENTRIO SEREMBAN 2 SIARAN LANGSUNG AFF SUZUKI CUP 2016 MALAYSIA LWN. MYANMARMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/12523Lulus14/11/201615/11/201614:41:08
12345678

Kembali ke atas