Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pis] | لاڤيس

Definisi : 1. = lapisan susunan yg bertingkat­-tingkat atau bertindih-tindih dgn satu di atas atau di sebelah yg lain (bkn bumi, dinding, dll), petala: di bawah kulit binatang, terletak se~ lemak yg memanaskan badannya; maka mereka pun masuklah ke dlm kota yg tujuh ~ itu; 2. barisan atau deretan (yg bersaf-saf): tentera itu berbanjar beberapa ~; 3. kepingan atau barang nipis yg dilekapkan pd barang yg lain: ~ bahu baju; ~ emas barang yg disadur dgn emas; berlapis menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~, di dada bintang me­nabur; berlapis-lapis terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg lain, bersusun (satu diatas atau di sebelah yg lain): maka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~; berlapiskan menggunakan sesuatu sbg lapis; melapis 1. memberi lapis kpd, membuat berlapis; 2. bersusun-susun (satu di sebelah atau di atas yg lain); melapisi merupakan lapis kpd: dia berjalan di atas lantai yg dilapisi permaidani; melapiskan meletakkan berlapis, memberi berlapis: lipat tepi lapik ke dalam kemudian lapiskan dua; lapisan 1. susunan yg bertingkat-tingkat, lapis: biasanya ~ tanah di bawah permukaan sawah itu menjadi keras utk menahan air drpd meresap; 2. ki tingkatan dlm masyarakat, golongan: kekuatan orang Islam dr segenap ~ dapat digunakan utk menentang musuh; pelapisan perihal (proses atau perbuatan) melapisi atau melapiskan: ~ aluminium pd poliester yg disalut dgn kertas; pelapis 1. yg menjadi golongan atau tingkatan yg berikutan atau yg akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dll: kelab ini juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dlm barisan pemimpin badan penulis di negeri ini; pasukan ~; pemimpin ~; 2. sesuatu (bahan) yg melapisi: berbagai-bagai bahan boleh digunakan sbg ~ bahan pelindung yg telap air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pis] | لاڤيس

Definisi : 1. tersayat atau dicarik halus-halus (daging dll); 2. = kuih ~ = ~ legit sj kuih yg dibuat drpd tepung beras atau tepung gandum dan santan, dikukus lapis demi lapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pis] | لاڤيس

Definisi : 1 leretan atau susunan yg bertingkat-tingkat, satu di atas atau di sebelah yg lain: Dia memakai baju dua ~. 2 sesuatu yg terletak berderet-deret; deretan; jajaran; saf: Penonton-penonton berbanjar beberapa ~ di kiri kanan jalan. 3 barang tipis yg dilekapkan pd benda lain: ~ emas barang yg disadur dgn emas. berlapis mempunyai atau terdapat lapis: Barang-barang itu disusun satu-satu, tidak ~. berlapis-lapis terletak berderet beberapa lapis; bersusun-susun: Mereka berdiri ~. berlapiskan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lapis: Di dadanya tersemat tiga buah kerongsang ~ emas. melapis memberi berlapis; memasang lapis pd: Dia ~ dinding bilik tidurnya dgn kayu medang. melapisi merupakan atau menjadi lapis pd: Kayu medang ~ dinding bilik tidurnya. melapiskan 1 meletakkan atau menyusun yg satu di atas yg lain: Sesudah dipakai, dia ~ tikar-tikar tsb di bawah katil. 2 menggunakan sesuatu sbg lapis: Ahmad ~ kayu medang pd dinding bilik tidurnya. lapisan 1 susunan yg bertingkat-tingkat: Di bawah ~ kulit merah daun itu, ada sel-sel pembuat makanan. 2 golongan atau tingkatan dlm sesuatu masyarakat: Wakil dr segenap ~ masyarakat telah diundang ke majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapis (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, petala;,
Kata Terbitan : berlapis-lapis, lapisan, pelapis,

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(3)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
kek lapis sarawak3474/2017kek lapis sarawak kedai kek jm0793055-d dimiliki oleh elwani enterpriseMajlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201701/13936Lulus19/01/201720/01/201710:02:06
PENGEDAR PAPAN LAPIS46282/2015PENGEDAR PAPAN LAPISMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/08395Lulus19/11/201519/11/201515:56:02
KILANG KAYU PAPAN LAPIS15752/2017KILANG KAYU PAPAN LAPIS FOO BEE NATURAL WOOD PRODUCTS SDN. BHD. LOT 2778A, KG. BARU SG. BULOH, SEKSYEN U19, 40160 SHAH ALAM, SELANGOR.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/17407Lulus19/03/201720/03/201716:22:43
KILANG MEMBUAT PAPAN LAPIS20104/2014KILANG MEMBUAT PAPAN LAPIS BESGRADE PRODUCTS SDN.BHD (PLYWOOD MANUFACTURER 美亚胶合板有限公司 (293019-V)Majlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/03233Lulus02/09/201404/09/201411:36:52
STOR PAPAN LAPIS DAN BAHAN-BAHAN PERABUT28602/2014STOR PAPAN LAPIS DAN BAHAN-BAHAN PERABOTTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/05014Lulus19/11/201419/11/201416:04:23
PENJUAL KEK LAPIS SARAWAK13601/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201903/21834Lulus07/12/201614/03/201917:46:49
PEMBORONG PAPAN LAPIS DAN PERALATAN PERABOT5168/2015ADD WOOD TRADING SDN BHD DAN LOGOMajlis Bandaraya Shah AlamPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201502/05447Lulus10/02/201512/02/201515:41:22
PEMBORONG PAPAN LAPIS DAN PERALATAN PERABOT5167/2015ADD WOOD TRADING SDN BHD DAN LOGOMajlis Bandaraya Shah AlamPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201502/05446Lulus10/02/201512/02/201515:40:58
PENJUAL PAPAN LAPIS DAN PERALATAN PERABOT470/2014TiadaTiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201401/02745Lulus08/01/201409/01/201414:23:57
PERNIAGAAN BEJENIS PAPAN LAPIS43524/2015CHIKIA TRADING(M) SDN BHDMajlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/10796Lulus29/10/201530/10/201511:41:41
12

Kembali ke atas