Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pu/] | لاڤوق

Definisi : 1. bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dll), reput: koyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi kerana tersangkut; 2. ki terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang; tidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipinda-pinda (adat dll); ~ oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja; ~-~ diganti, usang-usang dibarui = usang dibarui, ~ dikajangi prb adat atau kebiasaan lama yg jarang dipakai dihidupkan kembali; berlapuk bercendawan (kerana buruk, ter­dedah, tua, dll), tumbuh cendawan: barang yg lekas ~ hendaklah dijemur selalu; melapukkan menyebabkan jadi lapuk, me­reputkan; kelapukan perihal lapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pu/] | لاڤوق

Definisi : Mn; berlapuk-lapuk (bunyi orang) bertepuk tangan; melapuk menampar, menepuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pu/] | لاڤوق

Definisi : 1 buruk (terlalu lama) dan ditumbuhi cendawan; reput. 2 ki tidak berguna lagi kerana terlalu lama (bkn adat dll); usang: kepercayaan yg ~. berlapuk ditumbuhi cendawan dan buruk; bercendawan (kerana sudah tua atau buruk): Kasut kulitnya ~ kerana tidak pernah digosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan buruk: reput, bercendawan,

2. Bersinonim dengan usang: tua, antik, lama.,


Peribahasa

Lapuk oleh kain sehelai.

Bermaksud :

Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Keajaiban "Angka Yi Jing"27628/2015YI JING 0 ~ 9 mewakili Sepuluh Jenis Tenaga Semulajadi, Setiap Angka mempunyai tugasnya sendiri, Maka Nombor Tidak Dibahagi Baik Atau Lapuk, Melalui YI JING Nombor Segala Kebenaran Akan Diketahui Dan Membantu Diri SendiriMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/07970Lulus15/07/201515/07/201512:07:44

Kembali ke atas